Jam 8.58 a.m – 13 May 2011. Aku dihubungi oleh seseorang yang tak dikenali, tiada nombor yang tertulis pada skin handphone. Hanya sepatah perkataan yang muncul sebagai penama… WithHeld. Lelaki tersebut mengatakan dia dari syarikat celcom yang diwakilkan oleh en. Sulaiman apa ntah. Dia menghubungi aku sebab no aku antara tujuh no yang terpilih di dalam cabutan bertuah yang dilakukan oleh Celcom.
Kemudian dia pun bertanya, sama ada aku ni pengguna akaun BSN, Bank Islam, Maybank dll. Pada awalnya suaranya tenang dan macam orang kadazan dusun yang bercakap loghat semenanjung, lepas tu aku pun cakap la.
“saya nda ingat la no. akaun saya.” (memang nda ingat pun)
“Bukan, saya bukan minta nombor akaun. saya cuma tanya sama ada encik ada gunakan mana-mana akaun. Sebab nombor akaun tu rahsia bagi pengguna.”
“Owh, kenapa ya?”
“Sebab kami mau hantar hadiah sebanyak RM5000 dalam akaun encik hari ni.” (fuh! Banyak tu… boleh buka bisnes)
Lepas tu aku pun sengaja tanya.
“Ini betul ka dari celcom.” (tegas)
“Ya lah! saya diwakilkan oleh !@#$%^&* untuk buat panggilan ni.”
“Beginilah, boleh call balik nanti.” Aku cuba menguji, lepas tu dia mula mempersoalkan kenapa nak aku call setengah jam lagi, dia nak tahu aku sebab aku perlukan masa begitu lama sedangkan dia cuma bertanyakan hal mudah “gunakan akaun mana?” (mungkin takut panggilannya ditrace)
Lalu aku pun cakap, saya kena call celcom dulu untuk kepastian. Then, nadanya bertukar tinggi dan sedikit menengking,
“1111 hanya untuk melayan khidmat pelanggan dan nombor ni untuk pemenang, encik!” (aduhai! Memaksa orang percaya)
“Beginilah, encik contact saya setengah jam lagi!” Saya menetapkan waktu jam 9.30. Tapi makin kencang dia, dia ugut nak pindahkan hadiah RM500 tu dengan pemenang ke empat, dan dia tak rugi apa-apa kalau aku tak berminat. (ketawa)
Aku pun cakaplah.
“Saya report polis ni…” (juga dengan nada mengugut)
Last-last marah dia bro! (ketawa) Pecah tembelang dia. Dia cakap itu polis tak da guna dengan kerajaan apa ntah. Pendek kata tiada gunanya nak lapor polis. Aku pun berkeras jugalah dengan meminta nama penuh dan no. ic dia dan mau juga dia bertegang dengan aku.(ketawa)
Dari loghat dusun style semenanjung bertukar menjadi loghat indon style semenanjung dan akhirnya….
“tut… tut… tut..” (cabut!)
Bila aku pun contact celcom 1111 untuk tahu apa ‘menatang’ tu, operator pun kata itu ‘mungkin’ penipuan. (ketawa) dan bila aku cuba dail perkataan tadi… Withheld. Mesej yang muncul ialah currently unavailable. Agaknya berapa la dia kena bayar untuk layan aku selama 8.00 minit? (senyum)
p/s : awas! jangan mudah tertipu mahupun menipu.
pernah jugak alami situasi camni. tp mlngny org tu bukan stkt mrh.malahan mgunakn kta2 xbaik bila kt xpcya. n bkn suara org smnnjung msa tu, sah2 pekat indonny. erm.. wallahu’alam xtaula siapa or asl mna..yg pnting mmg dorg ni brani nk wat hal cmni..blum pernah dcekup agakny
terkena jugk hri tu…
tp sya terus kata..
KO HENGAT KO CHANTEK MAU BG SYA 5000
PENIPU bETUL!!!
terus dia letakk..
ketara sgt tipunya…;p
ramai jugak terkena dgn penipuan ni
Hahaha. Pdn muka penipu tu kna byr bil tepon. Ptutnye dibiarkan perbualan melarat berjam2. Br la puas ati. Byk btol penipu kt zmn ni. Kita pnat2 cari duit halal, diorg sng2 nak pau kita. Xpe. Tuhan ada. Nnt dpt la balasannye tu. (^.^)