Menulis berita seakan-akan mudah, tapi tahukah korang tulis berita ni kena ada teknik yang betul. Tak boleh hentam keromoh saja. Ha? Tak percaya? Lantak korang la. (ketawa), janji aku nak kongsikan teknik-teknik menulis berita di sini.
Firstly, tajuk yang nak digunakan mestilah bersesuaian. Walaupun pendek tapi boleh menggambarkan isi berita secara keseluruhan dan menggunakan ayat aktif. Contohnya macam ni. Bengkel Audio Visual Mendapat Sambutan. (kan sedap sikit didengar)
Kemudian isi pula mestilah mudah untuk difahami, tekniknya mudah saja. Iaitu 5W 1H. Yang pasti bukan sepupu H1N1. (ketawa)
Bagi korang yang tak pernah dengar apakah maklhuk berkenaan, sebenarnya 5W 1H ialah keadah penulisan, (bukan makanan dan bukan barang mainan). Di mana 5W bermakna … What, When, Where Who, Why… Manakala 1H bermakna … How.
Melalui susunan-susunan perkataan inilah kita mengumpulkan maklumat-maklumat yang kita perlukan bagi dimuatkan dalam berita kita. Di mana kita perlu nyatakan Apakah yang sedang berlaku? Bilakah ia berlaku? Dimanakah ia berlaku? Siapakah yang terlibat? Kenapakah ia berlaku? Dan akhir sekali Bagaimanakah ia berlaku?
Bukan itu sahaja protokol juga tak boleh diabaikan. Kalau orang berkenaan memiliki gelaran korang mesti sertakan sekali sebagai tanda penghormatan. Ya, memang ianya nampak ringan, tapi dalam bidang kewartanan ianya menjadi satu kemestian.
Akhir sekali bila dah siap tulis berita tu jangan lupa buat semakan, pastikan fakta yang digunakan benar dan perkataan juga bersesuaian. (nanti tak pasal-pasal ada pula yang kena saman). Semoga digunakan ke arah kebaikan. (senyum)