Bismillah…
Assalamu’alaikum… w.b.t, maaf lama dah aku tak update blog ni, sekarang ni semakin tak da masa nak menulis sambil mai secawan! dengan kawan-kawan. (senyum) Aku sekarang ni kerja part time ikut Ustaz Amir jual Char Kuey Teow.
Char Kuey Teow tu apa? Ia bukan kuih cakoi! Tapi ia resepi mee kuew teow dari Penang, sebab Ust. Amir menuntut resepi dari Penang. Char kuey teow ni ada dua versi, iaitu Udang dan kerang, tapi sebab di Sabah ni kerang Mahal, makanya hanya ada Udang. (ketawa) Nak tahu lebih lagi, cuba tanya Dr. Google! (senyum)
Kalau ada yang nak cuba boleh la datang singgah… di mana? Restoran Ziemal dekat Salut Commercial Centre di Sepanggar, (ala… sebelah Politeknik KK sja ba). Insya’Allah ada la aku dekat sana. Aku start part time sejak 1 mac 2011 lagi, sekarang dah masuk minggu ke tiga. (ketawa). Cari pengalaman bah!
Oklah… sekadar nak share my update saja bah, nanti kalau ada masa baru aku kongsi macam-macam perkara ya? Tapi sebelum aku out ada satu kata-kata yang sempat ku dengar ikim.fm tadi siang.
Ingatlah! Bahawa ujian dari Allah ialah untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya, oleh itu bersabarkan dalam menghadapi segala musibah dan cubaan yang melanda. Sebagai mana sebilah pedang yang hebat, ia takkan terbentuk jika kerana tak diketuk dan dipanas semasa proses pembuatannya.
Renung-renungkan dan kongsi-kongsikan dengan rakan-rakan, semoga menjadi peringatan.
Wassalam…