Beli Rumah atau Sewa, Mana Lebih Berbaloi?

Azam tahun ini ialah mendapatkan rumah. Alhamdulillah, bulan depan Insya’Allah tertunailah azam tersebut. Sudah 2 tahun di rantau orang dan setahun mendirikan rumah tangga cukup membuatkan hati ku bulat untuk duduk sendiri.

Beli Rumah atau Sewa, Mana Lebih Berbaloi?

PR1MA_putrajaya-precint-11
sumber imej : pr1ma.net

Pada awalnya, aku hanya berfikiran untuk menyewa rumah sementara menunggu giliran Kuarters. Tapi disebabkan sewa rumah begitu mahal, membuat aku terfikir bahawa membeli rumah lebih menguntungkan dari sewa rumah kerana :-

1. Rumah merupakan satu aset, bukannya liabiliti seperti mana kereta. harga rumah atau hartanah akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

2. Sewa rumah adalah merugikan kerana, berbulan atau bertahun membayar sewa tetapi kita tak mendapat apa-apa pun daripadanya. Bila pindah, terpaksa pula menanggung kos pindah rumah dll.

3. Melaburkan dengan rumah adalah lebih berisiko rendah, berbanding yang lain. Sebab rumah merupakan satu keperluan wajib bagi manusia. Jadi sama ada jual atau sewakan, pasti akan ada orang yang membelinya.

4. Sewa rumah tidak menjamin kedudukan kita, jika pemilik rumah ingin menjual rumah kemungkinan kita terpaksa pindah. ataupun terpaksa menghadapi kenaikan harga sewa rumah dari pemilik baru.

Walau bagaimanapun, sewa rumah juga mungkin merupakan pilihan yang ideal bagi situasi tertentu, seperti :-

1. Tempoh menetap disuatu tempat adalah untuk jangka pendek sahaja, iaitu tidak lebih daripada 5 tahun.

2. Kadar sewa rumah adalah lebih rendah berbanding membeli dan

3. Situasi kewangan tak mengizinkan untuk memiliki rumah.

Aku akur, aku sendiri terpaksa menyewa rumah. Tetapi hasrat untuk memiliki rumah sendiri masih lagi tersimpan kemas kerana masih ada beberapa alternatif untuk mendapatkan harga rumah pada kadar yang mampu milik. Contohnya melalui program PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia), PP1M (Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia) dan juga rumah lelong.

Beli Rumah atau Sewa, Mana Lebih Berbaloi? 1

28 thoughts on “Beli Rumah atau Sewa, Mana Lebih Berbaloi?”

  1. Takpe sikit-sikit menyimpan boleh jadi banyak.
    Memang kena buat asset sebab dalam masa 5 tahun harga akan berubah naik mendadak.
    Memnag perlu percaturan dan money management yang teliti.

  2. Ada yang kata sewa itu lebih baik. Beli rumah atau sewa rumah ni depend tempat kerja di mana. Jauh atau dekat. Kalau nak beli rumah baik beli dikawasan strategik kan. Masih dalam perancangan. Mudahan dapatlah rumah sebiji ke, tanah ke.. sebelum kahwin..ehehe 🙂

  3. bagi pendapat saya, baik beli rumah. At least anak kita ada tempat untuk berlindung suatu hari nanti. Kita pun tak tahu bagaiamana nasib mereka nanti.

  4. Jika berkemampuan, beli rumah sendiri. Jangan tunggu sampai usia dah lanjut baru fikir mahu ada rumah sendiri. Rumah semakin lama semakin mahal, lagi-lagi yang atas tanah punya. Menyewa mungkin satu option untuk selesaikan masalah. Tapi ia bukan untuk jangka masa panjang. Legasi dan generasi perlu tempat berteduh supaya tak dihalau sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.