Korang tiada masa untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015? Teringin menjejakkan kaki ke arena lambakan buku-buku pada harga runtuh? Jangan risau, walaupun tak banyak. Korang masih boleh merasa diskaun buku pada harga durian runtuh! Tapi sebelum tu aku nak cerita sikit..
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015
Bagi yang masih belum tahu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 merupakan karnival yang dianjurkan setiap setiap tahun. PBAKL2015 berlangsung dari 24 April – 03 Mei di PWTC, Kuala Lumpur. Tahun ini sebanyak 918 Booth dibuka dan karnival ini disertai oleh Penerbit Buku luar dan dalam negara selain agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Setakat aku pergi tahu lepas, ada 3 buah negara utama yang terlibat. Iaitu penerbit buku dari Malaysia, Singapore dan Indonesia. Jadi, pelbagai buku menarik yang selalu kehabisan stok korang boleh jumpa di sini.
Pihak penganjur iaitu Kementerian Pendidikan dan Majlis Buku Kebangsaan mensasarkan 2.5 juta pengunjung untuk tahun ini.
Banyak buku yang ditawarkan pada harga potong cincang, sehingga 50%. Bahkan ada juga yang dijual secara pukal. Tahun lepas aku langgan Majalah Solusi dari Telaga Biru. 12 Isu hanya RM100 sahaja berbanding hanya biasa RM126 setahun.
Bagi yang berkesampatan, mungkin korang berpeluang bertemu dan bergambar dengan penulis kegemaran korang. Tahun lepas aku pergi ke PTS dan time tu ada Ust. Zaharuddin (UZAR). Tapi tak tangkap gambar. . tengok saja depan mata. Haha..
Bagi yang ada voucher Buku… untung lah!
Cara untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Bagi dari Sabah dan Sarawak, boleh menaiki ERL dari KLIA/KLIA 2 untuk terus ke KL Sentral. Kemudian dari KL Sentral boleh la menaiki Komuter ke Stesen Putra, dan berjalan kaki ke jejantas ke PWTC.
Pastikan Bateri Smartphone penuh dan bawa powerbank. Paket Data pastikan dah subscribe! kalau sesat boleh gunakan Google Maps untuk tahu kedudukan korang. hehe..
Penting : Kalau hendak bertanya jalan, sebaik-baiknya bertanyalah di kaunter-kaunter maklumat atau pertanyaan berdekatan korang.
Bagi Yang Tak Berkesempatan BOOKCAFE.COM.MY mungkin boleh mengubati kesedihan korang. Bermula pda tarikh yang sama berlangsungnya PBAKL2015, Bookcafe yang merupakan kedai buku Online bagi PTS Publisher telah menawarkan Diskaun sebanyak 50% untuk 500 judul buku.
Jadual Aktiviti PBAKL2015
Walaupun jadual dikeluar, tapi mungkin boleh berlaku perubahan aktivit dari masa ke semasa.
Tempat makan ada di tingkat 4. kena sedia duit poket lebih ya! Ini bukannya warung mamak. 😀
Sebarang maklumat lanjut berkaitan PBAKL2015 boleh layari laman berikut.
www.facebook.com/kualalumpurbookfair
agak busy kali ni.
memang tak dapat pergi.
yang menulis ni pun tak dpat pergi, busy pindah rumah. huhu.. nak bagi settle semua.
sekalipun tak pernah pegi..rasanya tahun depan kena isi jadual..kena pegi ni..banyak nampak buku yang best..
tahun depan mesti lagi ramai orang. hehe… 🙂
seronk jugak kalau dpt pegi ni. boleh borong buku fiction banyak2
ni mesti baca buku FIXI/LejenPress ni. 🙂
Hehe.. Kat KB pun ado..tapi gak tak sebesar kat KL ni kot..terbaiklah kalau dapat pergi sini..murah mestinya..haha
kalau nak beli buku agama, boleh try surf galeribukuagama.blogspot.com hehe…
Singgah kat sini, baca baca info bagus ^_^
Terima Kasih. 🙂 datang lagi yaa…
Salam. Hee macam sonoknye nk gi pesta buku pwtc ;p
mestilah, lagi-lagi yang minat buku. memang jadi event tahunan yg dinanti-nanti. 🙂
tahun ni terlepas nk join
Tak pergi pun tahun ni..tak perasan tarikh tu ada pesta buku…
best kalau dapat pergi ke pesta buku.. bnyak buku2 yang menarik untuk dibaca..
Suka kalau saya dapat ke sana sebab saya hantu buku gak..ulat buku..tapi setakat ini masih tak berpelung ke sana..alahai..bila agaknya akan terjadi..huu..
setiap tahun pergi pesta ni,tapi tahun ni tak dapat pergi sebab dah habis study kat KL. terpaksa balik kg..