“Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Blog?” Soalan yang menarik untuk dijawab. Dulu aku pun hairan. Macam mana dengan menulis blog boleh dapat duit? Sedangkan blogging ni just menulis cerita sendiri, menulis soal hobi, pemikiran dan macam-macam cerita gila. Haha… Tiba-tiba ada pula yang dapat duit dari blog?!
Takkan sekadar pasang iklan macam nuffnang saja… Mesti ada rahsianya!
Bila serius sikit dengan blog ni, barulah nampak lubang-lubang rezeki tu.
Rupanya ada banyak lagi…
Cara Buat Duit Dengan Blog ni sebenarnya …
Mungkin inilah antara sebab blog terus terkenal sehingga sekarang…
1. SERTAI PROGRAM AFFILIATE
Ini ialah cara buat duit dengan blog yang amat popular dalam kalangan blogger. Affiliate tak memerlukan kos yang besar. Dengan blog dan talian internet pun kalau boleh lakukan. Boleh dibuat di rumah. Sesiapa sahaja boleh buat, yang penting tahu asas affiliate. Korang juga bebas untuk mempromosikan link affiliate ikut kreativiti masing-masing selagi tak bercangah dengan syarat program affiliate.
Caranya amat mudah, korang hanya daftar akaun affiliate dan promosi. Pembayaran akan dibuat setiap kali ada pembelian dari link affiliate masing-masing.
Antara vendor affiliate korang boleh sertai ialah Ashadee dan Klikjer.
2. SEWAKAN TAPAK IKLAN
Ini ialah cara buat duit gaya blog yang bertrafik tinggi. Semakin tinggi trafik sesuatu blog, semakin tinggilah kadar sewaan yang boleh dikenakan. Kadar sewaan tapak iklan boleh ditentukan berdasar jumlah trafik sebulan/harian serta tempoh dan lokasi tapak iklan.
Bagi meyakinkan pengiklan, bolehlah memaparkan statistik blog yang terkini bagi blog koran. Sama ada statistik dalam masa sebulan ke tiga bulan terkini. Terpulang. Contoh lokasi yang boleh digunakan untuk tapak iklan pula ialah header,footer,sidebar serta sebelum dan selepas entry.
Tapi kalau tak nak bagi sewa pun boleh, korang boleh try pakai nuffnang ya. Hehe..
p/s: Pastikan tapak iklan tak mengganggu pengunjung atau korang bakal kehilangan trafik!
3. MENULIS ADVERTORIAL
Korang dibayar oleh entiti tertentu untuk menulis entry berkaitan servis mahupun produk untuk tujuan pengiklanan. Tak seperti tapak sewa iklan, bayaran hanya sekali sahaja untuk setiap entry.
Pengiklanan jenis ini lebih menarik perhatian pengiklanan kerana entry yang advertorial biasanya ditulis menggunakan teknik seo dan bertahan lama dalam enjin carian. Iklan sekali untung berkali-kali. Hehe… sebab itu harganya mahal. Bagi yang hendak mencuba, boleh la bermula dengan harga RM50/entry.
4. MENJUAL BLOG
Walaupun jarang kita dengar tapi cara buat duit dengan blog sebegini memang ada. Modus operandinya nampak mudah, seorang blogger akan mewujudkan sebuah blog khas untuk satu-satu niche seperti sukan, kereta, resepi masak-memasak ataupun lain-lain niche yang hangat. Kemudian menjualnya apabila blog tersebut sudah “matang”.
Jangan terkejut, harga blog yang dijual bukan setakat ribu bahkan boleh mencecah sehingga mencecahkan belasan dan puluhan ribu ringgit! Tapi itulah… di sebaliknya ada harga yang mahal perlu dibayar, sama ada dari segi masa, idea dan duit. Bermacam-macam perlu dilakukan bagi memastikan nilai blog yang dijual itu benar-benar berkualiti, barulah orang berebut untuk membeli!
5. PRODUK & PERKHIDMATAN
Caranya ialah korang berkongsi ilmu/kepakaran blogging itu sendiri, tetapi dengan cara berbayar lah! Contohnya melalui penulisan E-book, Panduan Video berkaitan blogging serta perkhidmatan membina dan mengubahsuai blog. Disamping menjana pendapatan, ianya boleh menjadi “validation” kepada korang dalam bidang blogging.
Antara blogger yang menghasilkan produk sendiri ialah Brother Reezluv (Rahsia Klikjer.Com) & En.Titan (Teknik SEO Merah Jambu). Manakala untuk perkhidmatan ialah Akademi Denai Hati dan juga Brother Zeo Unic.
Kata orang kuat Inspiredmagz :-
“Dari Hati”. Itu yang kami lakukan melalui penulisan dan blog. Menjadikan aset maya sebagai satu bisnes, alat menyampaikan maklumat dan cuba memberi inspirasi melalui blog. Blogging bagi kami merupakan satu “perniagaan”.
Cukup sekadar itu untuk cara buat duit dengan blog. Sebagai ingatan bersama, blogging ni bukannya cara untuk cepat kaya. 2 – 3 bulan pun belum tentu dapat pulangan. Jadi perlukan banyak kesabaran dan ketekunan. huhu…
Tapi, kalau korang betul-betul serius juga nak buat duit dengan blog, bolehlah dapatkan panduan yang betul seperti Teknik SEO Merah Jambu ataupun panduan macam di bawah ni. Aku cadangkan dua panduan ni, sebab ia hasil buah tangan blogger berpengalaman dan semestinya mereka sendiri telah buktikan. Hehe.. Selamat Mencuba!
Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga lebih byk lagi sumber pendapatan yang diperolehi melalui blogmm
Amiin.. Terima Kasih kembali Tuan. Kena usaha lebih lagi ni! Hehe… 🙂
Huhu..sekarang ni saya buat affiliates aje dulu..banyak2 kan tak dan nak bagi komitmen pulak..hehe
hehe… samalah, saja nak bagi list. pilih satu pun tak pe, yg penting fokus. Insya’Allah ada hasil. 🙂
Yup.. Buat yang mana dulu..Yang penting Rajin usaha..hehe
bila kita ambil serius, hasilnya pun akan serius jugak.
Betul Cikgu, Selamat Hari Guru! Hehe.. 😉
Bab menulis dari hati tu memang benar sangat. Banyak entry yang high rating datangnya dari entry yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.
sebab tu tak sama baca e-book hasil “assignment” dengan “pengalaman”. 🙂
sekarang banyak cara untuk buat duit online, yang tak perlu adalah alasan.
selalu yg bagi alasan ni, memang x berminat. 🙂
yang perlu ialah tindakan, yang tak perlu ialah alasan.
banyak cara, tinggal nak pilih ja
ya, yg pasti Affiliate juga pilihan utama. 😀
saya dah lama juga mengidam dapat duit dari internet..yang ada masuk sekali sekala dan jarang-jarang ..mungkin usaha belum power lagi.
biasa la tu. saya ni baru sekali, itu pun lepas 3 bulan. Insya’Allah ada lagi tu, strategi kena mantop. tp kalau pay per click mungkin cepat sikit. 🙂
Ya.
Selamat hari guru juga.
🙂
Daripada 5 tu baru buat affiliate..Insyallah kalau ada rezeki nak buat semua tu…
Insya’Allah, semoga dipermudahkan bro. hehe.. 🙂
jual blog yang belom aku wat lagi, hahaha.
itu kerja-kerja otai blogger saja yg biasa buat. hehe..
banyak saya kena belajar lagi nih…. tq atas info ni
🙂 sama-sama.
tp rasanya otai mcm tok puteh mesti lg byk rahsia. share la sikit. hehe…
semoga semua beroleh manfaat yang halal dari blog
Amiin.. Alhamdulillah, Terima Kasih atas do’a & peringatannya tuan. 🙂
Saya buat duit dengan blog dengan menjual produk kesihatan, Alhamdulillah ada sales yang bagus juga…yang lain saya tak pakar
teknik yang puan gunakan mungkin content marketing. kan? 🙂
aku baru jer test market untuk jual blog, setakat ni x berjaya lagi
semoga berjaya! 🙂
kene rajin update blog klau nak duitt.. hehe tq atas perkongsian
sama-sama. 🙂
sekarang saya mengguna blog sebagai kuasa promosi bisnes yang saya sertai..
semoga berjaya bro! 🙂
Topik ni meme evergreen gitu
mesti la, antara yg popular dlm kalangan blogger. terutama newbie mcm aku. huhu…
wahh..
tau pasal nuffnang aje.
banyak lagi kena belajar ni.
blogging banyak peluang, tinggal nak pilih mana yang sesuai dengan kita. 🙂
tq atas tips yang sangat berguna ni.. kak Yati sebenarnya buta it 10 tahun lepas.. kak paksa diri untuk belajar… alhamdulillah semakin hari banyak yg kak belajar..
Oleh kerana sekarang kos ads tinggi, blog adalah alternatif untuk generate income melalui content marketing. Blog yang mesra seo akan buat banyak trafik masuk then boleh generate income 🙂
info berguna utk newbies mcm saya ..
gempak juga info ni.. memang boleh buat duit dengan blog.. kena pandai caranya..
yang jual tu masih belum berjaya lagi
hari ni saya buat blog baru untuk niche baru,
Sekarang ni saya banyak layan program Affiliate jer… 😉
memang 5 je ek?hehehe
macam2 punca utk buat duit via blog ni…yg penting FOKUS…huhu
Saya lebih serasi jual barang.Blog hanya medium untuk promote je.Tangan yang ada pun tak cukup nak handle semua.Penat juga rasa kadang kadang.
idea yang bagus.. sangat berguna untuk bloger baru macam kak yati.. kak suka baca blog kamu tau..
terima kasih tipsnya, saya masih bertatih dalam penulisan blog
Salam ziarah… kalau kena caranya memang blog boleh mendatangkan duit . Setakat ni 3 cara pertama di atas dah ada hasilnya, tapi yang ke 4 dan 5 tu macam agak mustahil je untuk dicapai.
yg produk tu ada gak buat
yg alffilate tu x pernah, tp nmpk menarik utk dicuba
Masaalah sy dgn blog ialah bagaimana nak dptkn trafik yg byk ke blog sy….
buit duit dengan blog mmg menarik terutamanya melibatkan iklan yang bernilai USD…cuma kena banyakkan trafik masuk ke dalam blog kita….
Menarik tuhh.. kena fokus buat satu satu sampai jadi…
terima kasih. memang berguna untuk saya yang mula nak berjinak-jinak nak buat duit secara online.
Terima kasih sebab share info bermanfaat