Kesukaran mencari idea menulis blog bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Walaupun nampak kecil, tapi jika tak ditangani dengan betul… Serius, masalah kekeringan idea boleh membunuh semangat menulis seorang blogger! Huh…
Masalah Kekeringan Idea Menulis
Gejala awal masalah kekeringan idea menulis ialah sukar untuk menetapkan isu yang hendak dikupas. Sampai satu peringkat, blogger gagal menerbitkan artikel baru dan segar. Jangan terkejut, kalau tak diatasi segera, masalah ni boleh berlarutan selama berbulan-bulan!
Biasa yang terjebak dengan masalah kekeringan idea menulis ini ialah blogger baru.
Tapi blogger lama ada juga.
Walaupun Secara logik ia tak la sesukar yang disangka.
Mana taknya, di sekeliling kita ada banyak perkara yang boleh kita ulas, isu yang boleh kita kupas. Dari aku, kamu, dia, mereka sehinggalah benda yang tak bernyawa.
Jadi kenapa masalah ni masih menghantui sebahagian blogger?
Sebenarnya nasalah mencari idea ini berpunca oleh beberapa faktor. antara :
1. Tiada perancangan dalam menerbitkan Entry. Sama ada dalam proses membina blog atau pun setelah membina blog. Semua dilakukan secara adhoc. (Mengharapkan ilham jatuh dari langit agaknya. Hehe…)
2. Kurang Ilmu yang mendalam dalam niche yang diusahakan. Biasanya yang buat macam ni blogger yang menulis sambil belajar. Macam aku, dengan harapan sambil menulis tu dapat pujuk diri untuk terus menambah ilmu. Terutama dalam sesuatu bidang yang diminati.
3. Tidak tahu teknik yang betul. Gagal untuk menguasai teknik asas penulisan seperi 1H 4W. Tak ada flow hinggakan kerja jadi huru hara. Akibatnya proses kreatif tak berjalan dengan betul, semuanya berterabur.
4. Terlalu Perfectionis. Ya, korang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam menulis artikel. Ada banyak idea tapi terlalu mengharapkan yang terbaik dari yang terbaik. Takut menghadapi kegagalan. Takut dikritik, takut idea tak dapat sambutan dan bermacam ilusi la!
Apatah lagi terlalu mengharapkan “KEUNIKAN”.
5. Cara Hidup & Faktor Persekitaran yang tak mengizinkan percambahan idea. Sama ada masalah peribadi, kesihatan, kewangan dan bermacam lagi. Semua ini boleh menyumbang kepada masalah kekeringan idea di dalam penulisan.
7 Cara Mengatasinya Masalah Kekeringan Idea Menulis
LANGKAH 1 : BUAT PERANCANGAN AWAL.
Perancangan jangka panjang dan juga perancangan jangka pendek. Sebulan, tiga bulan, enam bulan dan seterusnya. Terpulang kepada sasaran masing-masing.
Sediakan timeline atau buat check list. Sentiasa review tindakan yang sudah dilaksanakan dan masih lagi tertangguh. (awal-awal lagi dah fail. haha)
LANGKAH 2 : WUJUDKAN SUASANA.
Susun jadual waktu. Ini tips dari Aqif Azizan. Sebagai seorang yang berpengalaman dia sarankan untuk mengambil masa 1 – 2 jam sehari untuk menulis. Pastikan juga Tempat menulis tu bersih, kemas dan ada benda-benda yang diperlukan. Buat kerja pun selesa.
Menulis waktu tengah malam, pagi ataupun petang. Ikut feel korang. Tempat bising atau lengang, gelap atau terang. Ikut kesanggupan korang. Kalau aku, aku pilih waktu malam sebab masa tu masa terbaik untuk “menjemput idea”. tempat? apa lagi, bilik tidur la. haha..
LANGKAH 3 : TULIS PENDEK-PENDEK.
Kalau tak boleh tulis panjang, tulislah dalam bentuk point.
Paling mudah, tulis di wall fb korang. Kalau tak mahu orang copy, ubah tetapkan daripada public kepada only me.Untuk mudah kumpul semula, gunakan hashtag pada status-status berkenaan.
Bila sudah siap, himpunkan status-status yang berkaitan, susun, kemaskini dengan lebih details then terbitkan dalam bentuk entry. Siap! <—ayat biasa en.Titan pakai.
LANGKAH 4 : BERSOSIAL.
Banyakkan berhubung dengan persekitaran. Semakin banyak interaksi semakin kurang “kebarangkalian” masalah kekeringan idea berlaku.
Paling malas pun baca entry kawan-kawan dan berikan respon. Insya’Allah membantu!
LANGKAH 5 : LATIH DIRI UNTUK BERFIKIR SECARA KREATIF.
Bukan setakat lihat, tapi Fikir & Tafsir.
Tak cukup dengan ambil tahu, tapi kena ambil berat! Luaskan pandangan dan fikiran, jangan terlalu terikat dengan sesuatu kebiasaan. Kalau ada sesuatu isu atau masalah, cuba berfikir secara kreatif untuk kupas dan selesaikan.
LANGKAH 6 : LABURKAN SESUATU UNTUK MENDAPATKAN ILMU
Belanjakan sedikit wang, masa dan tenaga untuk mendapatkan ilmu yang kita perlu. Tak kiralah pergi travel, kuliah, seminar dan sebagainya.
Jangan terlalu bergantung dengan pengalaman. Banyak lagi ilmu dan idea di luar sana. Tunggu kita saja untuk teroka dan kongsi dengan kawan-kawan kita.
Dalam buku “Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas” karya Zamri Mohammad ada sebut.
sebelum gunakan parang, asahlah dulu bilahnya!
LANGKAH 7 : DAPATKAN MENTOR/KUMPULAN.
Bagi aku, part ni EXTRA! Beruntung kalau korang dapatkan mentor yang berpengalaman. Kalau tak ada, dapat group yang berkongsi minat yang sama pun kira bertuah. Berdiskusi dan minta tunjuk ajar kalau rasa kita betul-betul ada masalah kekeringan idea.
Paling Penting…
.
.
.
“KORANG NI NAK MENULIS KE TAK NAK?!!!”
(Lariiiikk!!! Haha..)
Jumpa lagi!
Artikel ini sendiri lahir dari usaha aku untuk refleksi diri. Mencari punca aku diserang oleh sindrom writer block. Kalau korang perasan, awal februari konsisten dengan 1 artikel setiap 3 – 4 hari. Sekarang? Sebulan sekali pun payah!
Masalah kering idea juga berlaku sebab kita terlampau lama bercuti dari update blog..hehehe…
lagi-lagi time cuti sekolah, time tu semua pun nak cuti. hehe…
Pada pandangan saya, dan disokong pula oleh A. Samad Said (sasterawan negara) dan ramai lagi penulis yang lain, seorang penulis mesti membaca sebanyak banyaknya. Bila dah banyak membaca, barulah kita ada banyak idea untuk menulis.
benar tuan. semestinya seorang penulis juga ialah seorang pembaca yang baik! 🙂
thanx for d info.
sebelum ni, mungkin sbb xde hala tuju, dalam kepala tau nak tulis pasal pe, tapi bila mula nak menaip, jadi blur..pastu tetiba rasa nak tulis psl lain lak..hehe..tapi skang dah tau apa patut dibuat, setakat ni masih belu kering idea lagi la. yang penting kena banyak membaca.
klu saya, biasanya tulis pendek-pendek dalam bentuk draft. tapi sebab “tak sanggup”. sangkut la idea tu. hehe..
terbaik laa. aku sllu kena gejala ni. sbb ada komitmen lain yg lebih penting. tp wlpun begitu tetap nak menulis…sbb dulu cita2 nk jd penulis buku. penulig buku x dpt, penulis blog pun jadi laa..
semoga berjaya bro! aku pun nak jadi penulis juga, kalau boleh tahun ni nak terbitkan ebook sendiri! kipidap! 🙂
itulah itu.
aku memang selalu kering idea ni.
Tapi blog selalu je update. hehe.. share la tips tu sikit. 🙂
Tips yang menarik dan boleh dipraktikkan untuk dapatkan idea..Terima kasih bro..
saya pulak banyak idea, cuma kurang disiplin huhu
Idea? Kadang-kadang bertimbun datang. tapi bila start nak tulis.. banyak yang terlepas lari.. haha..
Ni pun tengah kering idea nak menulis apa..macam terkena batang hidungku pula artikel ni..hihi
tak ada idea nak tulis, selalu aku tanya google.hehe
taip je apa-apa keluarlah suggestion tu.hehe
bila tiada idea, memang sukar untuk menulis. Suka membaca majalah atau buku untuk percambahan idea ketika menulis artikel. Blogwalking juga salah satu cara.
Betul, mentor sangat penting. practice makes perfect 🙂
Point last paling win. Oke je point tu, point yang lain pasti akan membantu kita 😀
Tips bagus ni
terima kasih diatas tips ini , sangat berguna
Sudah ‘tahu’ tips, maka perlu menggerakkan ‘mahu’ untuk menghidupkan blog dengan idea penulisan yang bagus. Terima kasih..
kdg2 ade idea.. tp lbh kepada life.. tp takot org x suke pn nk bc life kita. kdg2 rs klu kt bicara tntg life org kata poyo atau menunjuk2 pulak.. hhehe tu yg mmbantutkan.. nak ckp sesuatu isu pula terasa nnt ade pihak yg terasa.. tp apa2 terima kasih atas erkongsian.. sy dh subscibe awk pn spy lps ni sy dpt blaja lbh byk dan ade keyakinan yg tinggi untuk berblog…
saya suka listkan tajuk,kalo ikutkan banyak sgt nak buat cuma tiada waktu nak buat bebanyak
Lagi satu, jangan berhenti terlalu lama…jangan hanya berharapkan ada internet dan laptop sahaja baru nak update blog…
Sekarang dah canggih ada tab, ipad, smartphone dan sekurang-kurangnya sentiasa bawa buku nota atau planner untuk menulis idea-idea yang datang tak tentu masa dan tempat…
Otak kita sering terlupa…
memang aku pun sama, kalau kering idea memang x tau nak buat apa, tp ada lah caranya untuk atasi
kena selalu membaca artikel-artikel drp blog yang bagus penulisannya dan banyakkan membaca berkenaan isu-isu terkini….
kekurangan ilmu sering menjadi masalah saya..
dah bulan november, bila nak update blog ni?
banyakkan membaca dan mengikuti isu-isu semasa….kumpul isi dan karang mengikut gaya bahasa sendiri…..paling penting semua yang baca boleh faham apa yang kita karang….
kalau ada passion in blogging, idea untuk update tu bukan satu masaalah 🙂
Blog Jejak Merdeka dah lama “sejuk” hanya dipanaskan tulisan di facebook kebelakangan ini. Semoga dapat kekuatan baharu …….
cara saya, tanya google apa yang kita nak tulis..heheh
Tulis pendek-pendek tu betul, kadang-kadang taip atas facebook je. Lepas tu transfer ke blog. 🙂
Pendek-pendek pun lebih 100 patah perkataan. 🙂
terima kasih untuk tips ni… memang susah nak menulis sebenarnye. uhuhu.. 🙂
Pingback: Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1) - Suhimi Nain