Indahnya hidup seorang ‘kanak-kanak’ bermula dengan cerita. Ada pari-pari, ada si badang yang gagah, ada seorang nenek kebayan yang sudah tua. Hidup mereka dipenuhi dengan cerita, hiburan ringan yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja kerana setiap dari kita pernah digelar kanak-kanak. Maka, berceritalah!
Hari ini orang lebih suka ‘bebas’ mindanya, tidak mahu ‘dikongkong’! Maka berceritalah!
Kenapa?? Sebab setiap orang mahu dibelai jiwanya. Maka, satu kisah perlu diceritakan untuk mereka. Membawa mereka bebas di dalam dunia kita dengan kebebasan mereka! Melepaskan diri jauh dari sangkar-sangkar yang mereka tidak rela. Bagaimana jika kita kiaskan ini dalam ceramah kita??
“Mantap tu jo!” Sahut seorang anak muda. Biasalah bila duduk lepak-lepak, yang jadi bahan ialah ‘apa nak cerita?!’. So, ini peluang baik. Dorang ‘haus’ kita sediakan ‘minuman’. Cuma ‘minuman’ yang kita hidangkan pula macam mana???
Mungkin antara ‘minuman’ yang paling best riwayat-riwayat. Barulah kelunakan dalam menyusuri suatu pesan-pesan Rasulullah Sallahu’alaihi Wassalam itu mereka mereka rasai! Lunak di buai keindahan sirah Nabawiyah serta kisah-kisah para sahabat sehingga mengatasi kisah-kisah dongeng yang diceritakan datuk sewaktu masih berhingus. Terutama sekali iklan-iklan yang menceritakan tentang nenek tua yang penuh dengan emas dan hampir tergolek ketika peristiwa Isra’ dan Mi’rajnya Rasulullah Sallahu’alaihi Wassalam! Boleh saja templatenya tertinggal di tepi tangga dan mungkin akan dibuang ke dalam tong sampah. Maka, Berceritalah…Jangan dihidangkan dengan ‘bahan-bahan mentah’ tanpa diproses mengikut keinginan ‘sang pengguna’.
Maklumlah, kalau waktu duduk di kedai gerai mampu ber’story’. Kenapa tidak dalam lapangan dakwah yang serba luas ini? Pasti mad’u mad’u sang pendakwah lebih selesa. Perhatikan saja di waktu kuliah maghrib, mana lebih laku antologi atau story??? Aku biasa dengar orang berkata.
“Ceritalah!” Bukannya “Bersasteralah!”
Maka, cerita… cerita.. dan terus bercerita… asalkan ‘modal’nya mendodoikan minda-minda yang bosan dengan hari yang saban hari hampir sama babaknya. Contohilah seorang datuk bersama cucu kesayangannya. Ungkaikan pelbagai kisah sehingga cucu terlena di dalam pangkuannya. Bukannya ‘kisah-kisah mentah’, tapi ‘kisah dahulu kala’…