Di Taman Indah Permai, ada sebuah cafe cyber. Cuma 1 Ringgit 1 jam duduk kat dalam tu. Baguskan??? Tak sangka ada tawaran semurah itu. Dan apabila aku aku menolak tombol pintu ku lihat ramai kanak-kanak sedang bermain di dalam sana. Lantas aku bertanya kepada diri ku.
“Di manakah mereka 10 tahun lagi?”
Persoalan itu cukup membuka mata ku. Di sini aku nak kongsikan pandangan ku dengan anda… Jika mengikut pandangan seorang kaunselor, adakah ini sesuai untuk perkembangan remaja?? Bukan apa rata-rata mereka yang masuk ke dalam cafe tersebut baru berumur 12 hingga 15 tahun, kalau main game ZUMA aku tak kesah. Tapi, yang membuatkan aku sedih ialah game 18 tahun ke atas seperti Grand Theft Auto menjadi jamuan minda mereka. Aku bimbang ini akan menjadi ‘pendidik’ kepada jiwa mereka di saat persoalan ilmu agama itu sendiri bermain jauh di dalam fikran mereka! Tambahan lagi kes disiplin pelajar sekolah menengah yang kini dilaporkan semakin meningkat!
Justreru, kepada pemilik cafe cyber tersebut. Aku mohon ketatkanlah syarat untuk masuk ke dalam premis saudara.. Memang itu kemahuan kanak-kanak tersebut, namun cuba bayangkan mereka adalah anak-anak kita. Sanggupkah kita melihat mereka suatu hari nanti menjadi seorang individu yang tak sanggup kita bayangkan. Gunakanlah peluang yang ada untuk mendidik mereka ke arah jalan yang baik. Persoalan berseragam sekolah itu bukan persoalan utama, yang menjadi persoalan utama ialah
“Di manakah mereka 10 tahun lagi?”
Mana tidaknya, awal remaja di mana mereka hendak memilih identiti mereka kita pengaruhi dengan ‘game’ yang bukan satu ‘standard’ dengan mereka. Cukuplah betapa Nabi Sallallahu’alaihi Wassalam menangis mengenangkan kerosakan umatnya di akhir zaman ketika Jibril datang menjemput baginda, jangan kita tambah lagi sedih baginda.
Bukan hendak membuat cerita, tapi ini kenyataan. Ada kalangan remaja yang seumur dengan ku untuk solat. Jawabnya ialah
“Belum mandi hadas”
Setiap kali ditanya, jawapannya sama! Apa maksudnya tu?? Kenapa jawapannya begitu?? Adakah sengaja atau tak lepas ilmu fadhu ain? Aku lontarkan persoalan ini bersama-sama saudara diluar sana. Bagi yang memiliki ‘kuasa’ untuk mencorakkan masyarakat ini, renungkanlah! Kelak ‘tuan’ akan ditanya tentang ‘kami’. Gunakan kesempatan untuk kebaikan, bagi masyarakat pula sama-samalah kita usaha.
AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR.
Kata sahabat ku dari jemaah tabligh ‘Sampai bila kita mahu melihat saudara seagama kita berlari-lari ke neraka?’. Tapi, kalau ada yang buat tak kesah tak apalah. Aku soalkan sekali lagi, sanggupkah jika suatu hari nanti kita melihat anak-anak, cucu-cicit kita, dan keturunan kita pula yang berlari-lari ke neraka??