Ermm… aku dilema dalam mencari kerja, bidang yang ku pelajari memang susah nak dapat dekat Sabah. Bidang Kej. Elekronik(Komputer). (sedih) adapun dekat sabah ni kebanyakkan berkaitan elektrik & more kepada iT. Lepas tu nak pengalaman lagi! 1 tahun… 2 tahun… fuh! Nampaknya macam nak kena berdagang dekat negeri orang juga la nampaknya, mana lagi kalau bukan Malaya. (senyum)
Oh! kerja & kerja! Side income tu memang adalah setakat ni, tapi takkan sampai bila aku nak duduk rumah macam ni, mungkin sebab terlampau banyak dalih! Walaupun bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!” (sedih la) Down dah semangat aku.
Time pergi ikut en. saif ke Makan Malam Amal dengan Ust. Hassan Din tempoh hari aku jumpa jugalah dengan Fundamentalis Al-Bugisiy, dia kerja di Gardenia MAS sekarang. Lepas tu dia bagi nasihat…
“Kau kerja saja la mana-mana mie! Kau ingat semua yang orang yang kerja tu bidang dorang ka? nda semestinya” (aku hanya tersenyum mendengarkan nasihatnya)
Memang betul juga la nasihatnya tu, aku masih lagi bingung-bingung duduk dekat rumah. (malasnya nak jalan!). Nak harapkan keajaiban? entahlah! Mustahil! Mustahil! (sambil menggeleng-geleng kepala)….
“Jika tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya!” (walaupun aku tak tahu apa tu ruyung. Kalau korang nak tau, tanya dr.google. – senyum)
Bosan! Bosan! Bosan! eh! ada projek lagi nak disiapkan ni! (senyum)