Breivik Bimbang Islam Kuasai Eropah

Breivik Bimbang Islam Kuasai Eropah 1

OSLO – Polis mengenal pasti suspek serangan berkembar di Norway, Anders Behring Breivik, 32, bertindak sendirian ketika mengebom pejabat kerajaan dan pembunuhan beramai-ramai remaja yang menyertai perkhemahan musim panas, Jumaat  lalu.

Ia ekoran pengakuan Brevik bahawa dia melakukan dua serangan tersebut yang disifatkannya sebagai perbuatan yang wajar dilakukannya.

Sekurang-kurangnya 93 orang terkorban manakala 96 lagi cedera dalam serangan paling ganas melanda barat Eropah sejak pengeboman London pada 2005.

Brevik yang disifatkan sebagai pelampau kristian dan anti Islam dibesarkan di kawasan golongan pertengahan di Oslo.

Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia setahun dan dia terputus hubungan dengan bapanya, Jens Brevik sejak berusia 15 tahun.

Jens Breivik, bekas diplomat yang bekerja dengan kedutaan Norway kini menetap bersama keluarga barunya di Perancis.

Ibunya mendapat hak penjagaan ke atas Breivik dan dia selalu melawat bapanya di Perancis sebelum lelaki berkenaan memutuskan hubungan dengan anaknya itu.

Namun Jens Breivik menafikannya, sebaliknya dia mendakwa anaknya itu yang memutuskan hubungan mereka.

“Kami tidak pernah hidup bersama namun kami sentiasa berhubungan antara satu sama lain ketika dia masih remaja. Breivik adalah kanak-kanak biasa dan tidak berminat dengan politik langsung,” katanya.

Sementara itu, dalam manifesto yang dicipta Breivik mengandungi 1,500 keping dokumen yang dimuat naik dalam internet menyebut, dia sudah merancang serangan berkenaan sejak bertahun-tahun lalu.

Dalam dokumen itu, Breivik mendakwa dia adalah pengikut kumpulan Knights Templar, satu pertubuhan yang dianggotai pelampau Kristian.

Dia bertindak demikian kerana bimbang Islam akan menguasai Eropah.

Sumber : mynewshub.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.