Cara Beli Domain Dan Hosting Dari NetKL (Lengkap)

Sebelum membina rumah, kenalah pilih tempat dan sediakan tapak terlebih dahulu. Tak gitu? Demikianlah juga kalau korang nak buat website atau blog wordpress self-hosted, kenalah sediakan domain dan hosting terlebih dahulu. Jadi, di sini aku akan tunjukan cara beli domain dan hosting dari NetKL.

Kenapa NetKL?

NetKL ni ialah penyedia domain dan hosting mampu milik. Harga dan servis yang ditawarkan oleh mereka bagi aku adalah terbaik, lebih-lebih lagi untuk newbie. Bukan aku saja yang cakap, tapi ramai juga blogger yang dah pakai servis dorang ni, termasuk aku.

Panduan Lengkap Cara Beli Domain Dan Hosting Dari NetKL

Bahagian 1 : Tempahan

1. Layari www.NetKL.com (klik)

cara beli domain dan hosting netkl

2. Pilih Hosting > Shared Hosting > For Beginners

cara beli domain dan hosting netkl 1

3. Pilih mySilver X dengan klik Order Now

cara-beli-domain-dan-hosting-netkl-2

4. Masukan nama domain pilihan korang dan klik Check.
Domain percuma hanya tertaktluk pada .com,.net,.org,.biz,.info dan .name

cara beli domain dan hosting netkl

5. Abaikan harga domain dan klik Continue

cara beli domain dan hosting netkl 4

6. Semak Order summary dan klik Continue

cara beli domain dan hosting netkl 5

7. Update Cart sekiranya korang tak nak ID Protection

ID Protection – bertujuan untuk mengelakan maklumat pemilikiran domain dikongsikan di database whois

cara beli domain dan hosting netkl 6

8. Checkout

cara beli domain dan hosting netkl 7

9. Tandakan dan klik Complete Order untuk buat pembayaran.
cara beli domain dan hosting netkl murah

Bahagian 2 : Pembayaran

Setelah klik Complete Order korang akan menerima email daripada NetKL berkaitan tempahan korang berserta dengan no invoice. Buat pembayaran sama ada melalui bank transfer ada cash deposite kemudian attach bukti pembayaran kepada [email protected].

Semasa membuat pembayaran (sebaik-baik melalui online banking)  gunakan no. invoice yang diemail dan domain name korang untuk reference supaya senang dorang nak rujuk.

Korang akan dapat email pengesahan dan juga email berkaitan maklumat CPanel korang (macam di bawah). Simpan email tu untuk rujukan akan datang nak jangan sesekali kongsikan dengan sesiapa, terutama username dan password.

cara beli domain dan hosting dari netkl resit

Penutup

Akhir sekali, usah terburu-buru nak dapatkan pakej yang mahal, bermula dengan pakej mampu milik pun sudah memadai. Sekiranya blog mampu bergi lebih jauh, barulah naik taraf ke pakej yang lebih mahal. Diharap panduan yang aku kongsikan ini dapat bantu korang untuk dapatkan gambar lengkap tentang cara beli domain dan hosting.

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen.

Jumpa lagi! 🙂

domain dan hosting murah malaysia

8 thoughts on “Cara Beli Domain Dan Hosting Dari NetKL (Lengkap)”

  1. Dah lama tak beli domain baru.. domain yang saya guna sekarang ni pun saya beli dari NetKL.. Alhamdulillah, dah dekat 5 tahun dah guna servis NetKL.. sehingga sekarang tidak menghadapi sebarang masalah..

  2. Berurusan dengan NetKL ni memang senang. Servis dia pun bagus. Saya pun ada beberapa domain dan hosting yang beli dari NetKL.

    Sebagai permulaan, beli je pakej yang kecik dulu. Bila makin lama keperluan makin bertambah, baru upgrade. Ada juga keadaan yang mana bila kita beli domain dengan hosting tu, laman web yang kita buat tu kurang menguntungkan. Jadi tak sakit hati sangat kalau nak stop projek tu

  3. Pingback: MyDuniaHosting Review • Suhimi Nain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.