Tahun ini adalah tahun kali ketiga saya bertukar hosting web, kali pertama saya menggunakan hosting dari NetKL, diikuti dengan ServerFreak. Sekarang saya menggunakan hosting daripada myDuniaHosting. Penyedia domain dan hosting tempatan.
Serba sedikit mengenai myDuniaHosting.
MyDuniaHosting ialah syarikat penyedia servis tempatan yang dimiiliki oleh Multi Domain Resources & Services, telah beroperasi lebih 5 tahun. Antara penyedia hosting terbesar, mereka turut memiliki server yang dihostkan di Malaysia sebagaimana ServerFreak. Tetapi memiliki harga yang mampu milik sebagaimana NetKL.
myDuniaHosting Review
Alhamdulillah, setakat ini support yang diberikan oleh myDuniaHosting setakat tidak ada sebarang masalah. Kesemua tiker yang saya hantar dijawapan dalam masa tidak lebih dari 24 jam.
Manakala dari segi harga pula, harga yang mampu milik setanding dengan NetKL. Walau bagaimanapun memiliki kapasiti storan yang lebih besar dan bandwith yang lebih besar seperti ServerFreak.
Berikut ialah perbandingan pakej terendah di antara ketiga-tiga web hosting berikut.
NetKL
RM60 Setahun | myDuniaHosting
RM 63 Setahun | ServerFreak
RM100 Setahun | |
Disc Space Storage | 500 MB | 5GB | 3GB |
Monthly Bandwidth | 10 GB | 30GB | 25 |
MySQL Databases | 1 | 5 | 10 |
Addon Domain (Quota) | Tidak | Tidak | Tidak |
Parked Domain (Quota) | Tidak | Tidak | Tidak |
Sub Domains | No | 5 | 2 |
Email Accounts | 3 | Tidak | 10 |
FREE Domain | 1 | 1 | Tidak |
Berbeza dari NetKL dan ServerFreak MyDuniaHosting turut menyedia Free SSL* melalui Let’s Encrypt untuk para pelanggan mereka. Hanya perlu open ticket dan maklumkan kepada Technical Support untuk pengaktifan SSL.
update 11 july 2018: NetKL juga telah menyediakan FREE SSL.
baca : Cara Beli Domain dan Hosting dari NetKL (Lengkap)
WordPress Hosting
Menariknya baru-baru ini myDuniaHosting telah melancarkan pelan WordPress Hosting mereka. Dengan harga serendah RM120 setahun, ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba.
- 3GB storage SSD*
- 60GB data transfer per month
- 1 lifetime domain
- 5 sub domains
- 1 add-on domains
- 5 MySQL databases
- 5 email account
*SSD storage memiliki kelebihan daripada write and read yang lebih pantas berbanding HDD storage.
Peluang Memenangi Rebat sehingga 60%.
Sekiranya korang berminat untuk mencuba perkhidmatan myDuniaHosting, sila klik link berikut dan buat pembelian.
5 orang pelanggan WordPress Hosting myDuniaHosting akan menerima kredit rebat sehingga 60%.
Antaranya syarat-syarat cabutan adalah seperti berikut :
- Hanya layak bagi pelanggan yang mendaftar pada 1 Februari – 28 Februari.
- Hanya tertakluk kepada pelanggan yang melanggan Managed WordPress Hosting.
- Keputusan adalah muktamad dan sebarang tuntutan tidak akan dilayan.
- Pemenang akan dimaklumkan melalui facebook pages myDuniaHosting pada bulan mac 2017.
Diharapkan myDuniaHosting Review ini dapat membantu korang membuat pilihan hosting dan domain yang terbaik untuk blog dan juga poket korang. Jumpa lagi!
klik link berikut pembelian —> myDuniaHosting
UPDATE Ogos 2019 : Harga terkini ialah RM79. Manakala WordPress Hosting ialah RM199. Bagaimanapun, review saya tentang kualiti dan support tetap sama. Terima Kasih! 🙂
Menarik..
Setakat ni saya ganya pernah berurusan dengan netkl dan sempoi hosting.
Salam n Hola
Menarik juga pakej webhosting myduniahosting nih..
Just nak update NetKL pun ada provide free SSL.. dia enable cPanel’s AutoSSL feature. So cPanel sendiri akan generate, install dan renew SSL untuk setiap domain dalam hosting secara automatik.. (dalam masa 24 jam untuk akaun akaun baru). Ini apa yang support NetKL habaq kat den la.
Anyway.. back to myduniahosting.. den tengok setiap pakej webhosting, dia tak bagi addon domains.. no mention tentang parked domains though…
Hmmmmm.. nak kena check this out.. kalau takleh guna parked domains.. takleh la nak install WordPress multisite… kalau untuk satu website wordpress… 5GB is terlalu banyak diskspace dah tuh.. Hehehe..
Nanti den tanya support depa la..
Kalau 4GB gunakan untuk berpuluh multisite untuk minisite replika agen-agen gunakan subdomain agak-agak berapa banyak subdomain boleh create bos?
tak pasti tuan, tapi yang ni basic saja. mungkin tak sesuai kalau nak buat banyak sangat. problem dekat performance pula nanti. hehe.. 🙂
Menarik juga dari segi harganya
cun bro, sy pun tgh compare2 domain ni dari segi harga n storage tu yg penting
Wah,menarik jugak apa yang disediakan oleh myduniahosting,boleh lah rancang untuk tambah blog baru guna servis myduniahosting 🙂 tq share bro
Bagus juga myduniahosting ini boleh pakat-pakat beli pasni
Thanks for sharing. Saya tengah mencari hosting yang ada provide SSL percuma. Artikel yang sangat membantu Thanks 😉
Harga tu saya tengok sangat berbaloi untuk setahun..
baru tau myduniahosting ni. info yang cukup lengkap untuk newbie cam akak ni buat perbandingan dan pilihan Thank for sharing
Baru dengar pasal myduniahosting ni. sekarang cuma guna netKL saja
Baru tahu juga.
Tambah info nie.
Mana tahu kemudian boleh membantu..