Buat Duit Mudah Dengan Produk PLR

Nak hasilkan produk sendiri perlu kos yang besar, kalau bukan duit pasti masa atau tenaga akan jadi pengerasnya. Jadi risiko rugi juga semakin besar.

Jadi antara alternatif nak memulakan bisnes secara online ialah dengan menjual produk orang lain. ataupun jadi agen affiliate. Tapi untuk kali ini saya akan tunjukan cara lebih mudah memulakan bisnes dengan modal yang rendah dan meraih untung berlipat kali ganda.

Jika produk Fizikal mungkin kita bolehlah buat dropship,

“Buat Duit Dengan PLR”

Pengenalan

Apa itu PLR?

PLR itu ialah singkatan untuk “Private Label Right”. Iaitu lesen kebenaran dari pengeluar untuk kita

  • Menjual semula produk dan meraih untuk 100% daripada hasil jualan.
  • Mengubah suai produk seperti nama, tajuk dan kandungan.
  • Tidak boleh diberikan Percuma.
  • Boleh menjual lesen RR(Resell Right) dan Master Resell Right(MRR) kepada pelanggan.

Biasanya produk PLR ni dalam berbentuk Digital seperti Ebook, Perisian/Aplikasi, Design, Video dan Audio.

Antara kandungan Produk PLR ialah :

  1. ebook dalam format boleh ubah, seperti TXT, Doc dll supaya boleh diterbitkan dalam format baru seperti PDF,ePub.
  2. Surat jualan sebagai bahan promosi dan kandungan minisite atau web jualan.
  3. Panduan Penggunaan sama ada dalam bentuk Video, PDF atau HTML.
  4. Template Minisite yang telah siap, edit, export dan upload ke hosting dan domain.

Walau bagaimanapun tak kesemua produk PLR memiliki pakej di atas. Oleh itu sebelum beli suatu produk PLR sila pastikan baca betul-betul diskripsi produk atau bersedialah untuk rugi.

5 Tips Memilih Produk PLR Agar Tidak Rugi

Sebelum membeli sesebuah produk PLR, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Bukan sahaja pakej yang dinyatakan diatas, tetapi aspek lain seperti.

1.     Kuota Pemilikan Lesen PLR. Pengeluar meletakkan kuota kepada lesen PLR yang dijual. Semakin terhad pemilikan Lesen PLR, semakin baik peluang untuk produk ini diteruskan.

2.     Harga yang berpatutan. Sebahagian produk PLR ada yang dijual secara pukal atau secara langganan. Lazimnya hanya dijual dalam bentuk keahlian VIP yang terhad.

3.     Dihasilkan oleh pengeluar yang berpengalaman dan bidang berkenaan ataupun dalam benda bentuk laporan atau kajian. Produk PLR begini lebih berkualiti dan dipercayai.

4.     Tools pemasaran seperti Template Minisite, Surat Jualan, Source File seperti .Doc, PSD, mahupun TXT.

5.     Sokongan, pihak pengeluar menyediakan  sokongan selepas pembelian dan terbukti terbaik.

Alternatif Produk PLR

Susah mencari Produk PLR?

Ini alternatif untuk anda menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda tanpa hasilkan produk sendiri.

Jawapannya Lesen MRR dan RR.

MRR

  • Raih untung 100% apabila ada orang membeli dari anda
  • Tak boleh ubah nama produk
  • Tak boleh ubah nama pemilik / pengeluar
  • Boleh jual lesen RR(Resell Right) kepada pelanggan anda
  • Tak boleh ubah design ecover dan minisite

RR

  • Raih untung 100% apabila ada orang membeli dari anda
  • Tiak dibenarkan menukar nama produk
  • Tak dibenarkan mengaku produk tesebut milik/hasil produk kita
  • Tak boleh ubah design ecover banner dan sebagainya
  • Hanya jual BALIK sahaja produk tersebut 100%
  • Tak dibenarkan memberi lesen PLR dan MRR kepada pelanggan

Berminat nak dapatkan List Produk PLR,MMR & RR?

Komen Ya. saya akan email produk-produk terkini untuk anda. 🙂

4 thoughts on “Buat Duit Mudah Dengan Produk PLR”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.