saya berminat dengan smartphone Asus Zenfone Max Pro (M1) ni, namun belum mampu untuk memilikinya. Kalau ada bajet, maka smartphone inilah yang yang saya akan angkat bagi menggantik redmi note 3 saya yang retak skrin.
Kenapa saya memilih smartphone ini jika diberi peluang? Bacalah sampai habis.
ULASAN RINGKAS ASUS ZENFONE MAX PRO (M1)
Smartphone Asus Zenfone Max Pro ini dilancarkan pada April 2018. Mendapat jolokan sebagai Xiaomi Killer, menggambar smartphone direka khas untuk bersaing dengan smartphone-smartphoen daripada Xiaomi.
Di sektor hardware Smartphone ini hadir dengan beberapa variant, antara 3GB ram/32GB storage, 4GB ram / 64 GB storage dan 4GB ram / 64GB storage dengan gandingan Snapdragon 636 Octa-core CPU.
Dikuasakan dengan bateri sebesar 5000mAH membolehkannya untuk bertahan selama 2 hari penggunaan (kata Asus). Walaupun smartphone ini menyokong pengecasan pantas namun ianya masih lagi belum menggunakan port usb type C.
- ASUS Zenfone Max Pro (M1) [3G RAM / 32GB ROM] – RM699
- Asus Zenfone Max Pro (M1) [4G RAM / 64GB ROM] – RM849
- Asus Zenfone Live (L1) – RM399
Keluasan layar peranti ini ialah 6 inci dengan resolusi full HD pastinya memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada pengguna.
Smartphone Asus Zenfone Max Pro (m1) dilengkapi dengan dual kamera.13MP+5MP kamera belakang dan 8MP kamera depan untuk varian 32GB dan 16MP+ 5 MP kamera belakang dan 16MP kamera belakang untuk varian 64GB . Ianya memberikan smartphone ini keupayaan untuk merakam sehingga pada resolusi 4K dengan 30 frame/sesaat. Malah kamera depan dan belakang keduanya disertakan dengan LED Flash.
Antara ciri lain yang menarik pada smartphone ialah membenarkan penggunaan 2 sim serentak tanpa mengorbankan penggunaan slot micro SD. Tidak lupa juga finger print sensor yang sudah menjadi ciri wajib bagi semua smartphone yang ada sekarang.
Dari segi Software, smartphone ini tidak lagi dibekalkan dengan ZenUI. Sebaliknya menggunakan stok android daripada google.
Pendapat saya smartphone ini direka khas untuk penggemar permainan video pada smartphone. Dengan kapasiti bateri dan saiz skrin yang besar, semestinya ia mampu memberikan pengalaman terbaik berbanding smartphone lain pada kelas yang sama.
Melihat dari segi spesifikasi pasti anda akan menjangkakan harga pasaran smartphone mencecah RM1000. Walaupun bagaimanapun harga smartphone ini hanya RM699 sahaja bagi varian 3G RAM / 32GB ROM di Malaysia.
- ASUS Zenfone Max Pro (M1) [3G RAM / 32GB ROM] – RM699
- Asus Zenfone Max Pro (M1) [4G RAM / 64GB ROM] – RM849
- Asus Zenfone Live (L1) – RM399