Untuk menjadi seorang penulis blog atau blogger yang baik sememangnya perlukan ketajaman akal dan ilmu pengetahuan, tapi tak kurang juga yang ilmunya terhad namun masih berkehendakkan kepada perkongsian ilmu pengetahuan. Bagi yang kadang-kadang ketandusan perkongsian copy&paste sudah menjadi lumrah dalam penulisan.
Jadi bagaimanakah caranya nak sukses? gunakan teknik copy&modify!
Dengan kata lain kita mengambil sesuatu sumber dan mengubahkan mengikut gaya kita sendiri, sebagai contoh sebuah artikel rujukan yang berbentuk rencana kita ubah kepada jenis soal jawap dan sebagainya mengikut kesukaan kita masing-masing ataupun suasana blog kita sendiri. Hasilnya pasti memuaskan!
Kenapa saya katakan demikian? Kerana copy&paste bukanlah satu amalan yang baik sekiranya sentiasa diamalkan dalam bidang penulisan. Padahal posting sebelum ni pun aku copy&paste. hehehe… Di samping akan menurunkan kualiti penerbitan ia juga kadang kala ia juga akan menghilangkan keaslian atau identiti blog kita. Hanya dengan olahan saja kita mampu mengatasinya!
Kadang saya sendiri tertanya-tanya, saya tak tahu persoalan ni, takkan saya nak tulis pula… copy&paste sja lah!
Tapi sedar atau tak dalam keakuran kita lemah dalam sesetengah perkara, kita juga masih boleh memanfaatkannya. Dengan copy&modify bukan sahaja alternatif yang ada bagi berkongsi tetapi mengasah ketajaman akal kita dan pemahaman kita semasa proses copy &modify sedang berlaku.
Jumpa lagi!