Sudah berminggu-minggu aku menonton anime tu, Mobile Suit Gundam Seed. Akhirnya habis 50 episod!
Satu faktor aku menonton anime ni ialah premis penceritaan yang amat mencabar. Aku percaya ia 18 tahun ke atas kerana genre atau pembawaan mesej yang amat berat di dalamnya, kisah tentang ketidak puasaan nafsu manusia, ingin menjadi yang terhebat, sikap dengki mendengki, dan berbunuhan yang disandarkan kepada kemandirian.
Sedikit Sinopsis
Dalam cerita ni ianya berkisarkan tentang natural dan coordinator, di mana natural merupakan manusia biasa. Manakala satu golongan pula ialah merupakan generasi manusia yang lahir daripada kajian oleh golongan natural sendiri, di mana ia membabit kejuruteraan genetic bagi meningkatkan kualiti manusia. Genetik generasi manusia di ‘restructure’ semula bagi meningkat kemampuan generasi manusia. Itulah coordinator.
Manusia natural dan coordinator mula hidup bersama, namun setelah sekian lama akhirnya natural merasa terancam dengan kewujudan coordinator. Di mana berlaku persaingan di dalam pelbagai bidang seperti politik, pendidikan dan sebagainya, sebagai contoh coordinator mampu menguasai maklumat dengan pantas serta ketahanan tubuh yang lebih ampu kepada manusia biasa.
Sehinggalah telah berlaku satu tragedy yang dimulakan oleh golongan natural sendiri, Bloody Valentine. Di mana natural telah menyebabkan menyerang Genius Seven itu salah satu koloni angkasa milik PLANT. Di situlah bermula nya rantai peperangan antara natural dan coordinator.
Manusia saling menumpahkan darah!
Ia merungkai betapa manusia tamakkan kuasa sehingga melakukan apa sahaja seperti kejuruteraan genetic serta pembunuhan demi pembunuhan. Nafsu manusia yang tak pernah puas dan sentiasa haus telah mengheret manusia ke kancah berdarah.
Akhirnya, kebencian demi kebencian tertanam dari kecil, sehingga berakar di dalam kedua-dua puak. Disitulah rantaian peperangan bagaikan tiada pengakhiran. Di samping ada yang berkepentingan menangguk di air keruh terhadapa kebencian yang tertanam itu demi kuasa dan sebagainya.
Namun dicelah-celah mereka wujud pihak berkecuali yang terdiri daripada natural dan coordinator yang ingin menghentikan peperangan ini dengan segenap ruang yang ada.
Mereka berhasrat untuk memutuskan rantaian peperangan berkenaan, dan sememangnya ia berkisarkan tentang dendam dan kebencian antara dua bangsa disebalik manipulasi yang berlaku di antaranya di atas nama keadilan dan kemandirian bangsa.
“kamilah yang layak mentadbir dunia!”
Beralih Kepada Premis Cerita
Satu persoalan yang mereka bawakan kepada kedua-dua pihak bertelagah ialah;
“Untuk apa semua ini?”
Ada yang menjawap demi darah dan maruah, demi bangsa dan negara dan demi mereka yang telah meninggalkan kita. Dan jawapan itu lahir dariapada kedua-dua pihak. Tak kurang juga yang mengatakan;
Persoalannya, apakah sebuah keamanan dibeli dengan satu kezaliman? Satu golongan perlu dihapuskan demi membina sebuah utopia?; wilayah yang aman tanpa sebarang kekacauan. Berikut merupakan sedikit gambaran babak yang amat menarik hatiku iaitu babak yang menjawap persoalan sekitar penceritaan.
“Untuk apa kau berjuang ini?” Soal pihak yang tersepit dicelah-celah pihak bertelagah.
“Demi masa depan! Demi keamanan yang berkekalan, mereka mesti dihapuskan!”
“Awak silap! Awak bukan berjuang untuk masa depan! Awak berjuang untuk masa lampaudan merosakkan masa hadapan!” Sambil bababk pertarungan berjalan dia menambah “Apakah dengan semua ini dapat mengembalikan adik mu! Apakah ini dapat menghidupkan ibu bapa mu! Apakah ini mampu membawa orang yang kau sayangi kembali!?”
Turut dipaparkan dengan jelas di dalam anime ini bagaimana sebuah rantaian peperangan berlaku dan terus bercambah dengan bertopengkan inilah hakikat manusia!
Untuk Kita Renungkan…
Sebenarnya ada banyak lagi pengajaran yang boleh dicungkil, ini cuma sebahagian yang boleh dicerna dan dikongsikan bersama anda. Memang benar masa lalu sentiasa membayangi kehidupan manusia, masa lalu sentiasa membuatkan manusia bertambah gagah. Namun, satu yang silap ialah manusia tidak boleh hidup kerana masa lalunya… manusia perlu hidup demi masa depannya, kebodohan yang kesakitan masa lalu tidak akan mampu dibayar, sekalipun dendam Berjaya dilunaskan. Tetapi ia akan menghasilkan satu hutang yang baru yang menagih yang pemburu.
Oleh itu, hiduplah demi masa depan mu! Biarkan masa lalu mu menjadi guru, tapi jangan pernah jadikan ia matlamat hidup mu. Masa takkan kembali, ia akan silih berganti. Kelmarin takkan ada untuk yang kedua kali, namun yang pasti ialah hari esok akan datang untuk menjadi realiti! Itulah tujuan yang perlu diuruskan!! Dan satu nilai yang amat besar di dalam cerita ini adalah kemaafan.
Sekian…