Tak Mahu Pertolongan

Assalamu’alaikum…

Tak Mahu Pertolongan 1

Lama sudah nak tulis, dah ada masa ni aku pun nak komen la sikit. harap korang sudi baca, baca sampai habis. berikut sedikit modal cerita hari ni.

“Awak dapat kamsis tak?”
“Tak.”
“Kenapa tak minta tolong dengan en. Saif?”
“saya tak mahu lah nak menyusahkan orang…”

Wah, baiknya… tak nak susahkan orang, (senyum) memang satu sikap yang amat baik. Inilah yang dianjurkan oleh Islam, biar hidup di dunia kita tak susahkan orang, tak jadi beban dengan masyarakat. Sebaliknya menabur bakti kepada persekitaran.

Tapi sedarkah kita sikap seperti itu adakalanya tak diperlukan? Nak tahu bila? Waktu seorang hamba itu berada dalam keadaan yang lemah! Waktu tu kita perlukan pertolongan! Sekalipun terpaksa menyusahkan orang. Kenapa demikian? hatta orang yang ‘senang’ pun perlukan pertolongan apatah lagi yang berada dalam kesusahan.

Kita hidup di dunia bukan untuk seorangan, kita hidup saling memerlukan. Yang susah perlu yang senang, yang senang perlu yang susah. Biarlah kita meminta pertolongan pada waktu kita perlu. Jangan ditimbunkan diri dengan bermacam alasan, terimalah diri kita berada dalam kelemahan.

Sikap ni bukan sekali dua berlaku di muka bumi, tetapi ia sentiasa terjadi dan terus terjadi. Akhirnya banyak rugi, bahkan lebih membebankan kepada persekitaran. Kerana apa? sikap itu tak mahu pertolongan diletakkan pada tempat yang tak bertepatan.

(ops! Gear 5 la pula. Hahaha…)

Kalau la benar kita tak memerlukan pertolongan, apakah ertinya Islam menganjurkan kita saling menghulurkan pertolongan? Apalah ertinya Islam menganjurkan zakat sebagai sebahagian daripada rukun Islam sedekah sebagai amalan yang disunnatkan? Yang kaya berkongsikan hartanya, yang miskin berkongsikan ruang susahnya. Agar yang pahit dapat sama dirasa, yang manis dapat dikongsi bersama. Yang senang bantu yang susah, yang susah perlukan yang senang. Itulah lumrah kehidupan.

Pun begitu, kita perlu ingat; jangan ambil kesempatan. Mentang-mentang pertolongan sentiasa terbuka, habis semua jadikan habuan! Biarlah disamping mendapat pertolongan kita berusaha bangkit daripada kelemahan. Itu barulah cara meminta pertolongan. Disamping meminta bantuan dari insane lain, kita juga perlu berusaha membantu diri kita sendiri.

Bila rujuk buku Solusi isu 22. (Hmmm… dah 3 isu aku ketinggalan. T_T) ada sebuah syair mengungkapkan.

“Allah Subhana Wa Ta’ala murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya; Sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta daripada-Nya”

So, kita mesti ingat bahawa pertolongan daripada Allah Subhana Wa Ta’ala adalah yang paling penting sekali.

“Berdo’alah kepada Ku, nescaya Aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah al-Ghafir : ayat 60)

Kerana meminta pertolongan daripada manusia semata-mata adalah syirik.

Sikap menolak pertolongan itu biarlah pada waktu yang bersesuaian. Hanya manusia sombong saja yang tak mahukan pertolongan. Bukan lah yang menulis ini sentiasa benar, bukan lah yang tak mengamalkannya salah. Tapi, harap bersamalah kita renungkan.

Jumpa lagi! Wassalam…

2 thoughts on “Tak Mahu Pertolongan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.