Alhamdulillah! Selesai juga mendaftar… 😀 sukar dipercayai, sekarang aku dah sem 6! (tersenyum) dah tua rupanya aku ni, dah boleh jadi bapa budak dah! Ops.. hehe… tapi umur baru 20 la bro. baju ja masuk 20 hari tu, 27 Nov. Hahah…. (owh, ko bangga ek? Ajal mu dah dekat tu! Haha..) T_T
Kelmarin aku daftar sem 6 dan hari ni patutnya aku daftar modul (subjek). Tapi aku tak datang sebab aku tangguh dulu hajatku. Hehe… kenapa? Memandangkan sem 7 yang bakal tercatat dalam liku-liku perjalanan ku di poli ni, aku pun ambil keputusan untuk tunda ke esok hari. Nak extend atau tak? hakikatnya memang kena extend juga lah! Haha… (Astaghfirullahal’azim… kesian).
Bagi yang ada carry subject pasti pasti korang akan hadapi bala bencana ni.
“Alamak! Jadual subject ni clash!” sambil memegang dahi. (Walaupun ayat sepatutnya… “SubhanAllah… permudakan urusan ku Ya Allah”)
Tapi pada masa yang sama juga korang mesti tak nak pointer korang jatuh lagi kan? Jadi berikut merupakan tip pengurusan pointer.
::baca sampai habis tau!::
Sedikit Tips Pengurusan Pointer
(p/s:hanya sesuai untuk pelajar yang ada carry subject)
Yang pertama ialah utamakan pengguguran subjek yang ada final exam; Sebab semakin banyak paper final semakin sukar untuk korang nak control pointer korang.
Final exam bukan lah benda yang mudah; berbanding penilaian berterusan ianya lebih memudahkan untuk mengawal pointer, Insya’Allah pasti pointer korang akan naik! Itu saja tipsnya. Haha…
Kemudian, bagi korang mesti rapat dengan pensyarah. Bukan nak mengajar pepatah ada udang disebalik mi; lalukanlah seikhlas hati korang. Di samping menambah ilmu pasti korang akan dapat lebih daripada itu.
Tak Kurang Juga Yang Menolak
Walau bagaimanapun, tak kurang juga yang menolak kaedah pengurusan pointer seperti ini. Terutama sekali yang nak habis awal; seperti yang ditetapkan iaitu 6 semester untuk diploma dan 4 semester untuk sijil.
Antara alasan mereka.
“alaaa… aku tak mahulah sem 7!”
Jadi dorang ni pun himpun lah carry subject banyak-banyak dalam satu sem. Bagi habis sekali! (Inilah yang dikatakan pengorbanan. Hehe… over limit) Bagi yang Berjaya, tahniah! Walaupun subjek final bertambah-tambah dorang memang tak takut. Aku tabik korang dan harap ia tak sia-sia. (macam aku)
Ambil Iktibar
Aku dah lalui sebenarnya menghimpunkan subject banyak di dalam satu sem waktu sem 3. Mungkin juga pengurusan subjek ku salah, tak tahu lah. Tapi yang pasti ianya kerja gila. (bagi aku lah). Pointer jatuh teruk! Walau pun tak da carry subject lg, tapi apa apalah ertinya kerana…
keputusan dalam transkrip peperiksaan akan cacat. (itupun pensyarah dah banyak bantu aku dah. Kalau tak pasti K.O)
Lebih-lebih lagi kerja menghimpun carry subject dilakukan pada sem 6, risikonya amat tinggi. Yalah! Walaupun habis awal, takkan kita nak perlihatkan result yang menjunam di semester akhir?! (Na’uzubillah)
Syukur & Redha
Alhamdulillah… pointer sem 5 dah naik bila ku ikut tips yang aku kongsikan tu. (Tapi, kena ingat; semuanya dari Allah)
Kini aku berada dalam sem 6 (macho!) dan Insya’Allah akan masuk ke sem 7 kerana aku menggugurkan beberapa subject yang dikatakan ‘killer’ untuk digantikan dengan drop subject semester 5.
Kadang-kadang kedengaran juga suara kecewa tapi kita mesti redha. Waktu aku jumpa Pn. Siti Nazurah (pensyarah matematik) di Jabatan Matematik Sains & Komputer untuk minta tanda tangannya. Dia sempat berkata;
“Tak apalah, kamu kan masih muda. 20 tahun kan?!”
Aku tersenyum walau pun dalam hati ku berbisik.
“Nampaknya lambatlah aku kahwin” Haha…
alhamdulillah aku xgugur mana2 subject
aku nak grad on time sebab xsabar nak kerja
P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi
Pointer iman pun lagilah kena jaga..
isk