Mau Kahwin!!

Mau Kahwin!! 1

“Mak, bagus kita pinang saja terus ja la?”

“Amboi! Kau ingat pinang anak orang tu pakai air liur.”

Begitulah nasib-nasib jejaka-jejaka sekarang bila nak kahwin. (tertawa). Nak pinang orang bukan senang-senang, kena ada… duit! (Fuh! Mampus aku cari). Semakin tinggi sekolahnya semakin tinggi hantarannya. Macam nak jual anak! (Hehe… laser btul). Bagus juga kalau study tinggi-tinggi boleh duduk di dapur, kalau tak merana la korang jawapannya (termasuk aku). Hahaha…

“Eh! Nampak sedap sambal belacan ni.” Dengan muka yang berseri-seri.

::seminit kemudian masuk hospital::

Senang cakap kalau nak kahwin zaman sekarang ni bukan senang, macam-macam saja permintaan yang bukan-bukan.  Sekarang kalau nak kahwin hantaran mencecah RM10  XXX; kalau kira belanja itu dan ini lagi, memang sandi. Dah lah musim barang naik sekarang ni, memang mampus la jejaka-jejaka cari duit sana sini. Hehe… (walapun hakikatnya aku patut bersedih).

Kan bagus kalau minta macam di bawah ni :

“Pak cik tak nak duit kamu nak, pak cik cuma minta al-Qur’an cukuplah” Hehehe…

Tapi  apakan daya, semua tu sekadar angan-angan saja sekarang ni susah nak jumpa. (hahaha)

Malangnya…  bila nak cerita bab ZINA, jalannya bagaikan dibentangkan karpet merah. Pelbagai peluang-peluang berzina dibuka dengan seluas-luasnya. Ia bagaikan satu budaya biasa, macam makanan sering dipromosikan di dada media. Filem-filem kalau boleh nak dijadikan lebih keparat berbanding barat! (sorie… tak perasan dah masuk gear 5)

Akibatnya hilang dara sana sini, buang bayi , HIV dan… rosaklah masyarakat ini. Bila dah jadi macam ni ada pula yang nak bagi kondom percuma kononnya lagi kononnya nak cegah penularan HIV.

Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan,

Astagfirullahal’azim… Renunglah… Betapa zina itu lebih mudah saat nikah itu disusahkan.

Pendek kata, sepatutnya masyarakat mempermudahkan proses perkahwinan. Disamping menanam kembali kefahaman islam dalam diri anak-anak.  Kalau tak zina akan terus dijadikan pilihan bagi memuaskan nafsu yang sering kehausan.  Kalau korang seorang gadis maka cadangkanlah macam ni.

“Mak, Abah… Janganlah minta hantaran tinggi-tinggi. Nikah saja cukuplah!”

Bagi golongan ibu-bapa yang terbaca artikel ni, ada yang tak setuju ka? Hehe… Kalau boleh biarlah hantaran yang ‘mahal sangat’ tu jadi kemudahan bagi pasangan memulakan masjid yang baru dibina. Insya’Allah… renung-renungkan. Jangan sampai ada yang menyesal kemudian.

3 thoughts on “Mau Kahwin!!”

  1. bagi saya… apa yang wajib .. itu sahaja dibuat… nk majlis… buatlah kenduri sekadarnya sahaja.. x lah membazir melebih2. wang yang dilabur beribu untuk sebuah majlis perkahwinan belum tentu menjamin kebahagiaan. ..apa salahnya.. meringankan bakal suami :).. jangan lah letak harga terlalu tinggi sampai kadang2 deposit rumah pun dah blh dah ^_^.. fikirkanlah… KEUTAMAAN ANTARA ADAT DAN SYARIAT?.. kadang2 adat sesebuah keluarga yang membuatkan pblanjaan terlalu besar perlu dikeluarkan.(maaf jika tslh)
    Alangkah baiknya jika syariat yang kita jadikan panduan…

  2. saye pun berseuju…bukan nak rendahkan wanita, tapi, alangkah baik kalo buat majlis sederhana aje.. yang kite mampu. tak suke majlis yang over sangat tp, setahun 2due pastu cerai… hurm…

  3. assallamualaikum..
    bg pndapat saya kan xda salah menetapkn harga sedemikian kerana dunia skrg smakin berubah..
    jika dulu dgn rm50 sakit tangan kita mbimbing barang2 yg kita beli..
    tp skrg?..
    bli beras 10kg pn da mncecah rm20+..
    skiranya keluarga mentua mminta berian yg besar jd jgn la mgeluh.
    kerana itulah kewajipan bg llaki bernama adam..
    mcari rezeki yg halal untuk diri dan keluarganya..
    apa2pn..
    ingtlah pada 1 peribahasa..
    bukan senang untuk jd senang.,
    dan bukan susah untuk jd susah..
    salam..
    (“,)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.