saya merupakan pengguna Digi InternetPlus. Sudah lama. Berbulan saya dah subscribe Digi InternetPlus (Plan Kaki Social 38) ni. nanti saya akan tulis review.
Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal tu, sebab plan tu ada limit sikit. Tapi saya terjumpa addons yang lebih menarik, dengan beza harga RM1 sahaja.
Saya terjumpa addons Digi Unlimited Call serendah RM9 sahaja sebulan. Kalau digabungkan dengan Digi Kaki Social RM30. Maka Kos hanya RM39 sebulan.
Wow! Nak tahu cara nak subscribe? baca sampai habis. 🙂
Digi Unlimited Call Serendah RM9 sebulan.
Gunakan aplikasi Digi pergi ke ruangan addons > bestseller > one-time pass dan cari Unlimited Calls 30 Days.
Digi Kaki Social RM30
Cara nak subscribe Digi Kaki Social pula pergi ke ruangan Addons > Internet > Monhtly dan cari 5GB Internet + Free Social.
Done. itu sahaja. kos keseluruhan RM39 sahaja!
Apa yang menarik bagi saya?
- Dengan beza harga RM1 sahaja berbanding Digi Kaki Social 38 (4gb Internet + 1000 call) dah boleh dapat extra 1GB High Speed Internet.
- Dengan beza RM1 dengan Digi Kaki Social 38, dah dapat unlimited call to all network. Digi Kaki Social 38 hanya dapat 1000 minit call ( 500 minit digi to digi dan 500 minit lagi to all network).
Mana Datang 30GB Internet tu?
ok. saya berikan penjelasan. 30GB ni datang dari 5GB internet dari Kaki Social 30 + 10GB FREE Video Freedom & Music Freedom sebulan (2.5GB seminggu) + 15GB FREE Social (500MB setiap hari).
Antara aplikasi yang anda boleh gunakan untuk Digi Video Freedom ialah YouTube, NetFlix, Iflix, Enjoi, Astro On The Go, Viu dan banyak lagi. lebih kurang ada 17 aplikasi kesemuanya.
jadi bila ditambah kesemuanya 5GB + 10GB +15GB maka dapatlah 30GB sebulan.
Nak Extra 7GB lagi?
Dapatkan 5GB Music Freedom + 2GB Arena Of Valor secara percuma!
Pergi ke add-ons > internet > one-time pass dan cari macam di bawah ni.
Kalau anda rasa tak nak subscribe Digi Unlimited Call RM9/sebulan tu tak apa. Anda masih boleh dapatkan free call 1000 minit Digi ke Digi.
Daftarkan sahaja no keluarga dan kawan-kawan anda ke Digi Buddyz.
Jumpa lagi!