Rugi Tak Daftar Kad Mesra Petronas

Dulu kalau nak isi minyak, saya fikir nak isi saja. Malas nak register itu register ini, yalah bukan senang nak redeem pun. Itulah mindset saya. Tapi atas nasihat isteri, saya pun dapatkan kad mesra ni. Kalau tak memang sampai bila-bila lah takkan register.

Saya jadi pengguna Petronas dah lama. Pernah juga cuba bertukar ke Shell bila ada Shell baru buka berhampiran tempat kerja saya, tapi entahlah rasanya macam laju je minyak tu terbakar kalau guna Shell. Ke perasaan saya saja? Haha… Akhirnya beralih semula ke Petronas. Tambahan pula Petronas saja yang ada berhampiran rumah saya.

Kad Mesra Petronas

kad mesra petronas ialah satu program kesetiaan yang dibuat untuk pengguna petronas. Di mana setiap kali kita membuat pembelian di kedai mesra (stesen minyak) petronas, sama ada beli minyak ataupun barang-barang lain kita akan diberikan pulangan berbentuk point atau mata ganjaran.

Point ini boleh digunakan dengan menebusnya semula untuk membeli minyak ataupun barang-barangan petronas.

Cara Tebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas

Dulu saya fikir kena point beribu-ribu, baru boleh tebus mata ganjaran. Rupanya tidak.

Di Petronas, berapa banyak point yang kita ada, kita boleh tebus terus di kaunter. janji sistem mereka online dan tiada gangguan. Bagitahu cashier, nanti cashier akan swipe. Yang penting jumlah mata ganjaran kita mencukupi. Menarik kan?

Untuk pembelian minyak, anda tak boleh tambah tunai+ mata ganjaran kad mesra. Kena buat transaksi berasingan. Contohnya kalau anda nak tebus mata ganjaran untuk pembelian minyak, anda perlu selesaikan dulu tebus guna kad mesra kemudian buat satu lagi transaksi untuk pembayaran secara tunai.

Tapi sebelum anda menebus mata ganjaran tu, pastikan kad mesra anda di daftarkan dulu di laman web kad mesra. Kalau tak stesen minyak takkan terima, sebab kad tu tak bernama. Jadi, bila dapat saja kad tu teruskan aktifkan kad secara online.

Mudah nak tebus dan kalau atau kad rosak, boleh lah pindahkan mata ganjaran ke kad lain.

Cara Daftar Kad Mesra Petronas Secara Online

Anda boleh daftar kad mesra secara online di laman web bawah:

Melalui laman web mymesra.com.my  anda boleh buat.

  1. semakan mata ganjaran
  2. semak transaksi kad
  3. tukar kad baru sekiranya kad lama anda rosak atau hilang
  4. transfer mata ganjaran ke kad lain.
  5. ketahui promosi terkini untuk pemegang kad mesra

Cara Daftar Kad Mesra Petronas Melalui SMS

Selain itu anda boleh daftar kad mesra melalui sms. Caranya taip

KADMESRA<jarak>17 digit Kad Mesra<jarak>No.IC<jarak>NAMA

dan hantar kepada 36732. Sekiranya ada masalah, boleh hubungi PETRONAS Mesralink 1-300-88-8181 untuk bantuan.

Macam mana nak kira mata ganjaran kad mesra?

Buat masa ni Petronas tengah buat promosi. Sekiranya kita membeli minyak, setiap 1 liter kita akan 3 mata ganjaran. Manakala untuk pembelian lain di kedai mesra Petronas, kita akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap RM1. Macam saya, saiz tangki Axia ialah 33 liter. Sekiranya saya mengisi minyak secara full tank sebanyak 3 kali dalam sebulan.

33 liter X 3 X 3 = 297 mata ganjaran.

Rugi Tak Daftar Kad Mesra Petronas 1

Alhamdulillah. Boleh la nak redeem Waffle di hujung bulan. Kalau tak pun, simpan bagi banyak. Hehe..

Ohya, mata ganjaran tidak boleh dikutip dan ditebus untuk tambah nilai touch & go, telco dan rokok.

* * *

Daftarlah sebagai pemegang kad mesra kalau anda biasa beli minyak di Petronas, rugi kalau isi minyak macam tu saja. Tapi tak dapat pulangan apa-apa. Lagipun nak daftar sebagai pemegang kad mesra bukanya dikenakan sebarang bayaran. Siapa tahu, ada rezeki anda terpilih cabutan bertuah di bawah ni?

Jumpa lagi. 🙂

promosi kad mesra petronas

2 thoughts on “Rugi Tak Daftar Kad Mesra Petronas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.