Di dunia terdapat dua golongan. Golongan yang pertama ialah golongan yang taat kepada perintah Allah, mengikuti jejak Rasul dan sentiasa membesarkan Allah Subhana Wa Ta’ala. Di dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan ibadat, amal-amal baik. Manakala segolongan lagi yang hidupnya penuh dengan kegelapan dan kemaksiatan, mereka yang hidup dalam penuh kejahilan.
Diumpamakan golongan ini adalah seperti mana kedua golongan yang hidup di dalam sebuah kapal. Golongan yang pertama ialah golongan yang hidup di atas kapal dan golongan yang kedua pula hidup bahagian bawah kapal. Setiap hari mereka yang hidup dibawah pasti akan naik ke atas untuk mendapatkan air.
Namun, pada suatu hari golongan yang dibawah berfikir.
“Kenapa kita tidak tebuk sahaja dasar kapal ini? Lebih senang kita dapatkan air.”
“Betul tu! Lagipun dorang selama ni langsung tak peduli dengan kita, jangankan tolong angkat air, jenguk kita dibawah ni pun setahun sekali!”
“Ayuh! Kita tebuk!!”
Akhirnya… kapal pun karam~
Pengajaran – bila mana golongan yang dikatakan beriman tidak melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar pasti balasan Tuhan yang melanda golongan yang dirundung kejahilan akan akan turut menimpah golongan yang berkenaan.