Rezeki Di Tengah Jalan?

Di waktu pagi yang indah, air laut masih sejuk. Matahari masih lagi separa terbit. Selesai bersarapan aku pun segera mencapai kayuh dan terus ke sampan bagi memeriksa bintur yang telah dipasang semalam. Manalah tahu kalau-kalau ada ketam yang mengena.

“Tenangnya….” Aku mengayuh sampan perlahan-lahan sambil mengelamun. “Kan bagus kalau aku ada rumah banglo!”

Namun, setengah jam kemudian apa yang ku harapkan tak kesampaian. Hampeh! Tak da satu pun ketam yang terpikat dengan bintur yang telah ku labuhkan. Kemudian tatkala berkayuh untuk pulang ke rumah, aku perasan sesuatu berada di bawah perahu.

“Mak oi!” Aku terkejut!

“…. pukat rupanya.” Kecut perut aku dibuatnya. Aku fikirkan ikan jos tadi, biasalah… Walaupun Sepanggar ni kawasan persisir tapi kadang-kadang ada juga benda alah tu datang. Teringat dulu masa memancing dengan amran, walaupun dah settle semua pancing dan umpan akhirnya kena balik juga.

“Ya lah! Kau nak buat apa di sini, kalau dah ikan besar tu ada. Jangan manusia, ikan pun kecut bah!”

Berbalik kepada pukat tadi, kelihatannya ia seperti telah ditinggalkan.

“Eh! Ada ikan….” Aku tersenyum.

Tidak lama selepas itu datang amran dengan berkayuh sampan.

“Apa yang kau buat tu?” Dia mengangkat kening melihat aku menarik pukat.

“Aku nak ‘minta’ sikit. Tak tahu siapa punya pukat ni. Macam sudah kena tinggal saja!”

“Owh…”

Lima minit kemudian pun aku pun selesai.

“OK, lah! Aku balik dulu Am!” Aku mengangkat tangan dan berlalu dengan sedikit ikan. Tatkala aku semakin menjauh daripada kawan ku itu, tiba-tiba aku mendengar.

“Habis pukat aku…”

“!@#$%^&*”

****
pengajaran – Jangan ambil barang yang bukan hak kita! (kemaskini)

3 thoughts on “Rezeki Di Tengah Jalan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.