Hati itu ialah rumah yang menjadi letaknya iman, ia hidup! Kerajaan dan pemerintah di dalam setiap insan. Hati itu merupakan letaknya nikmat kehidupan, insan yang tak memiliki hati umpama sebuah tunggul yang tak berperasaan. Bagaikan mesin tak memiliki roh walaupun memiliki badan.
Hati itu ialah paksi kebahagian. Disitulah letaknya iman, setelah hidayah datang berkunjung kepada insan. Ia merupakan raja kepada tubuh badan. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam
Seseorang yang memiliki hati yang kotor tidak mungkin akan mengecapi kebahagian yang hakiki, di dunia apatah lagi di bila menghadap dengan Tuhan. Hati itu boleh berkarat, karatnya sukar untuk dihilangkan.
Kadang kala ada yang mengatakan, “walaupun mulutnya jahat, tetapi hatinya baik”. Ia cumalah sekadar nukilan. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam Bersabda :
Iman itu dipengaruhi oleh hati, hati itu dipengaruhi perbuatan seperti mana di dalam hadith di atas. Di mana mulut itu mewakili perbuatan. Sekiranya kita banyak melakukan kebaikan maka, Insya’Allah hati kita akan terkesan. Sebab itulah bagi membersihkan hati kita mesti menjaga tingkah laku yang diperbuatan. Elakkan dari perbuatan yang mencemarkan rumah iman.
Pernah juga Ibrahim bin al-Khawwash berkata,”Ubat untuk penyakit hati itu ada lima, membaca Al Qur’an dengan merenungkan artinya, mengosongkan perut, melakukan solat malam, beribadah khusyuk pada waktu sahur, dan duduk bersama dengan orang-orang soleh.”
Sebaliknya banyak melakukan kesalahan akan membuatkan hati menjadi gelap dan malap. Akan muncul titik-titik hitam di dalam hati sehingga hidup insan berada dalam kegelapan di sisi Tuhan. Nauzubillah!
Banyak tertawa juga boleh mematikan hati. Dalam satu riwayat bahawa Umar pernah berwasiat kepada Ahnaf bin Qais, “Wahai Ahnaf, barangsiapa yang banyak tertawa maka kewibawaannya akan berkurang. Barangsiapa banyak bercanda, dia akan diremehkan orang. Barangsiapa yang lebih banyak padanya sesuatu, dia akan dikenal dengan sesuatu itu. Barangsiapa yang banyak berbicara, kesalahannya akan semakin banyak. Barangsiapa yang banyak salah, rasa malunya akan berkurang. Barangsiapa yang kurang rasa malunya, berkuranglah kesadarannya, dan barangsiapa yang berkurang kesadarannya, matilah hatinya.”
Hati ialah tempat jatuhnya pandangannya Allah Subhana Wa Ta’ala kepada insan. Tak seperti manusia, ada yang memandang dari segi harta, rupa dan keturunan kita.
(Hadis riwayat Muslim)
Hati yang bersih dan sihat mampu untuk memandang dengan bimbingan iman. Mampu melihat hikmah di setiap kejadian, pandangannya tak terbatas. Itulah kelebihan dan ciri-ciri ahli hikmah! Memutik dan melahirkan sifat redha dan Qana’ah dalam dirinya. Lebih mengagumkan lagi, hati itulah yang akan menghubungkan Insan dengan Allah, Tuhan kepada segala yang ada di langit dan di bumi. Build up the connection!