Iklan Kontroversi Aidilfitri : Pencetus Teori Konpirasi Juga Perlu Lihat Diri

Semalam TV3 telah memohon maaf atas penyiaran klip video Aidilfitri Sinari Aidilfitri yang mencetuskan kontroversi. Ia sememangnya satu tindakan yang ‘bijak’ dan permohonan maaf melalui Buletin Utama itu sememang sesuatu yang wajar dilakukan oleh TV3.

Walau bagaimanapun, penulis amat kesal dengan sikap para blogger teori konspirasi. Sikap terlampau mementing teori mereka telah meminggirkan sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa. Lihat sahajalah tafsiran-tafsiran yang dilakukan, ada yang dilebih-lebih. Bukan sahaja isu TV3 dengan iklannya, bahkan pencetus-pencetus teori konspirasi juga seharusnya diteliti kembali.

Penulis tidak menafikan niat para blogger ini baik, namun ia mampu mencemarkan Islam. Hal ini kerana ia sekadar teori konspirasi dan tafsiran semata-mata tanpa disokong oleh hujah konkrit jika dibandingkan dengan tragedi 11 Sept yang sudah terang lagi bersuluh penipuannya. Sekiranya hal sebegini berterusan ini bukan sahaja boleh memutikkan sentimen keagamaan bahkan akan akan memperlihatkan bahawa umat Islam suka bermain ‘ilmu sangka’ dalam menegakkan pandangan mereka.

Di sini penulis ingin melontarkan persoalan, bagaimana teori konspirasi itu boleh dikatakan merupakan sesuatu yang pasti sedangkan pengarah iklan, pereka story board dan juga orang yang meluluskan iklan tersebut pun belum diketahui? Jangan pinggirkan sensitiviti demi mendapatkan populariti atau capaian trafik yang tinggi.

Ini bukan sahaja kesahihan fakta atau sebaliknya, namun ini turut berkaitan dengan soal sensitiviti. Kita sakit hati apabila orang mengaitkan Islam dengan keganasan tanpa bukti yang konkrit tatkala berlaku pengeboman di sana sini, pastinya mereka juga merasai benda yang sama apabila kita mengutarakan teori konspirasi ini. Sedangkan kita langsung tiada bukti yang sahih bahkan hanya berlandaskan tafsiran sendiri semata-mata.

Tambahan pula bagaimana boleh diutarakan pelbagai ‘pembongkaran’ walhal belum pun sempat siasatan menyeluruh dilakukan? Kita perlu ingat bahawa Islam itu agama yang berdiri di atas dasar fakta dan kebenaran yang kukuh. Hal ini boleh kita lihat apabila hanya hadis sahih sahaja yangdigunakan dalam penghujahan.

Penulis memuji pria malaya melalui blog nya http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com yang hanya fokus kepada isu iklan dan membelakangkan teori konspirasi.

Berikut merupakan sebahagian suara dari golongan non-muslim yang sempat penulis temukan…

Iklan Kontroversi Aidilfitri : Pencetus Teori Konpirasi Juga Perlu Lihat Diri 1

Oleh itu diharap bukan sahaja TV3 dan media sewaktu dengannya mengambil iktibar, tetapi juga para pendokong-pendokong teori konspirasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.