Kampung Gentisan 2, Lima Buah Rumah Hangus Dijilat Api

Kampung Gentisan 2, Lima Buah Rumah Hangus Dijilat Api 1
usaha memadam api oleh penduduk menemui jalan buntu
(gambar oleh Nain Arin)

14 JANUARI 2012 : Lima buah rumah di Kg. Gentisan Dua hangus dijilat api. Api mulai marak kira-kira jam 4.30 pagi di dapur salah sebuah rumah. Penduduk kampung juga bertindak untuk mendapatkan bantuan daripada Bomba daripada pangkalan TLDM Sepanggar sementara menunggu pasukan bomba dari Balai Bomba Jalan Lintas. Penduduk cuba mencegah api merebak dengan cepat dengan menggunakan air laut, namun api merebak dengan lebih cepat disebabkan rumah yang diperbuat daripada papan.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan nyawa dilaporkan. Kebakaran ini merupakan yang pertama kali di kampung ini dan yang paling teruk kerana membabitkan lima buah keluarga sekaligus. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.