Hadiah Untuk Diri Sendiri

Terima kasih yang bagi yang sudi wish & mendo’akan kebaikan sempena hari jadiku yang 21 pada 27nov. (la, baru 21 tahun rupanya. hehe…) Semoga do’a anda semua dimakbulkan dan anda juga beroleh keberkatan & kebaikan yang sama. Amin… Ini sekadar coretan setelah sekian lama menyepi daripada dunia blogger

Hadiah Untuk Diri Sendiri 1
j10i – sony ericsson elm

Suasana masih lagi tidak berubah, Centre Point sentiasa menerima kunjungan manusia yang tak putus, lebih-lebih lagi apabila hujung minggu. Aku yang sudah tak lama bertandang ke centre point sabah sekali lagi menjejakkan kaki ke sana. Kedatangan ku kali untuk mencari sesuatu sempena hari lahir ku yang ke 21. Apa dia? Itulah dia J10i. Sebab centre point ni ada banyak pilihan handphone.
Lebih kurang 2 jam aku berjalan-jalan di ground floor, ku lihat antara yang paling menjadi kegilaan ramai ialah Experia dan juga handphone bersistem Android. Namun bagiku J10i masih menjadi pilihan. Sekadar itu saja yang aku mampu.

Namun selepas puas mencari, tiada satu pun yang menarik hati. Tak ada pun j10i harga Rm350. Kalau adapun memang out. Aku hanya memerhatikan kegilaan yang berlaku terhadap android dan experia. Selepas makan tengah hari aku mengambil keputusan untuk pergi ke 1borneo. Tempoh hari aku ada melihat j10i di sana dengan harga yang lingkuan RM350.

Namun, bila ku bertanya kepada penjaga kedai tersebut.

“Abis sudah tau.”

“Apa boleh buat la” Bisik hatiku, lantas aku melangkah ke hadapan Golden Screen Cinema. Bukan sebab mau tengok wayang, tapi sebab sana ada satu lagi kiosk handphone. Itu dia j10i.

“Ini ori ka?”

“AP. Waranty kedai.” Jawap jurujual tersebut. AP sebenarnya singkatan untuk Approval Products, selalunya di import di luar negeri dan dijual kepada pengguna. Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi. 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree. Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Manakala Original set pula memiliki sticker mengikut pengeluar masing dan boleh dihantar ke mana-mana service centre berdekatakan. Contohnya untuk Sony Ericsson ialah Midland, Dynamic, Thorus, T-Choice, Grandtech. Aku kurang pasti kalau ada pengeluar lain lagi.

Akhirnya aku pergi ke kiosk Sony Ericsson di sebelah GSC. Harga? Rm458 (lebih kurang RM70 lebih mahal dari versi AP). Tapi, itu jugalah pilihanku sebab warranty se untuk orginal termasuk housing sekali adalah 1 tahun dan boleh dihantar ke mana-man service centre sony ericsson. Hehe…. Malangnya tiada warna lain melainkan pearly rose, sebab dah tak da stok. huhu…

boleh baca klik sini untuk spesifikasi j10i (sony ericsson elm).

hasilrakaman daripada sony ericsson elm(j10i2)

Bagi aku kelebihan j10i ni ialah 5mp, video recording berkualiti VGA (640×480) dan boleh wifi.  GPS pun ada, tapi perlukan wifi sebab storage tak mampu menampung data bagi map. Harganya masih boleh dikira murah dengan kemampuan seperti itu.Mengapa? Samsung (android) yang harga dalam lingkugan Rm458 pun hanya memiliki 2mp kalau tak silap aku.

p/s: Handphone ni juga sesuai untuk ‘team media’ Sahabat Blog Sabah sekiranya memiliki baget RM400-500.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.