Di sebuah surau di sebuah Shopping Mall. Seorang lelaki sedang menunaikan solat Zuhur. Mulutnya terkumat kamit membaca al-fatihah, setiap pergerakan solat dilakukan tanpa tamakninah. Mak cik yang menjaga surau tersebut hanya memerhatikan saja sambil menggeleng kepala.
Tepat tiga minit lelaki tersebut selesai menunaikan kewajipannya.
“Assalamu’alaikum warahmatullah…” Dia memberikan salam dan terus bergegas mendapatkan kasut dan stoking yang diletakkan di muka pintu. Tanpa berdo’a.
“Awal lagi ni, jangan la tergesa-gesa.” Mak cik yang menjaga surau tersebut memuntahkan kata.
“eh! Saya dah lewat ni mak cik.” Azmir memakai stoking dengan pantas.
“Owh. Macam tu… anak nak pergi mana?”
“Sekejap lagi nak masuk kerja da, kalau saya lambat nanti bos saya marah pula.” Anak muda itu tersengih sambil memakai stoking dan kasutnya.
Setelah mendengarkan jawapan itu, mak cik penjaga surau tersebut hanya diam sahaja. Dia memerhatikan saja anak muda ttu berlalu sebaik memberikann 30 sen kepadanya. Mungkin ada berkata,
“Alhamdulillah dia menunaikan solat. Sekurang-kurangnya itu lebih baik dari meninggalkan solat.”
Namun, tiba-tiba mak cik itu bersuara.
“Ya Allah, mereka lebih takutkan bos mereka daripada engkau Ya Allah. Sedangkan engkau yang memberikan rezeki kepada mereka, bahkan engkau lah yang menghidupkan dan mematikan mereka.” Air matanya menggenang di kelopak mata.
Apakah kita tergolong anda orang-orang di atas? Kisah itu sekadar untuk bersama-sama kita muhasabah diri kita, dalam kita berhadapan dengan Allah Subhana Wa Ta’ala dan bos kita. Manakah yang lebih utama?