Dalam menegakkan Islam di muka bumi, pasti ada yang menentang usaha ini. Begitulah hakikatnya dunia, jika ada kebenaran pasti ada kepalsuan, jika ada hero pasti ada heroinnya… eh! Silap tapi pasti ada antagonisnya! Mana mungkin ada hero tapi tiada antagonisnya….
Lazimnya di dalam filem-filem box office mahupun cerita-cerita dongeng dahulu kala hero merupakan satu watak yang sentiasa menegakkan kebenaran dan tidak pernah tersilap dalam setiap langkahnya. Hebatkan?
Manakala seorang antagonis pula sentiasa digambarkan dengan penuh kejahatan, semua kerja yang dilakukan mestilah dipenuhi dengan kejahatan, kekejaman, kezaliman dan pelbagai lagi ke.. ke… ke…. yang penuh dengan keburukan! Eh, ke… juga?! Pendek cakap memang dia lah raja.
Namun apakah itu benar realiti dunia, apakah yang benar sentiasa benar? Yang salah pula sentiasa dijamin 100% buatan Malaysia? Eh, silap lagi… apakah benar yang salah dijamin 100% salah? Jawapannya tepuk dada tanya minda! Allah berikan akal untuk kita.
Baru-baru ini aku ada terbaca satu majalah, antara orang yang menentang kebenaran itu adalah orang jahil. Lantas membuatkan aku berfikir seketika! Teringat aku kata-kata ustaz Raja.
“Kita tak boleh salahkan mereka 100%, mungkin disebabkan pendidikan mereka atau latar belakang keluarga mereka.” Itulah yang melekat difikirannya ketika seorang sahabat bertanyakan suatu isu. Memang benar kita boleh salahkan ‘mereka’ tapi tak bermakna mereka salah dalam semua perkara, mungkin cara kita menyampaikan yang salah. Kan?
Pengajarannya di sini ialah kurang manis sekiranya kita terus menghukum orang yang menentang kebenaran itu sentiasa salah. Apakah dengan menjadi pejuang, semuanya mesti dibangkang? Membuatkan tindakan kita sentiasa keras terhadap mereka dan jauh sekali untuk memahami mereka.
Bukanlah niat untuk membela cuma sekadar merenung diri sejauh mana sikap diri ini terhadap mereka yang dikatakan ‘salah’. Agar kita tidak terjebak dalam penyakit ‘ketidak adilan terhadap mereka’.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” ( Surah al-Maidah : ayat 8 )
Pada masa yang sama sentiasalah berdo’a mendo’a agar orang menentang kebenaran Allah Subhana Wa Ta’ala suatu hari nanti menjadi pendokong kepada agama-Nya. Elakkan diri dari menghukum mereka sesat selama-lamanya selagi belum tiba ajal ke halkumnya kerana esok lusa tidak tahu di mana tempat kita.
Sebentar tadi seorang sahabiah berkongsikan sebuah kata-kata di dinding facebooknya… Renungkan bersama…
“Apabila kamu bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah, “Dia adalah org yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya.” ( Syeikh Abdul Kadir Jailani )
Semoga kita sentiasa adil dalam membuat penilaian terhadap sesiapa sahaja apatah lagi penulis yang sentiasa berkongsikan pemikirannya disini. Aku saudaramu, kamu saudara ku. – Ikhwan Nain
Ya, betul tu. Kita xble menghukum orang. Terutama bagi mereka yang jahil.
Sedangkan kita ni pun tahu sesuatu belum tahu lagi kita dapat amalkan.
KAlau kita muhasabah diri kita, sebenarnya mungkin kita lebih berdosa daripada orang yang jahil, kerna kita tahu, tapi kita buat. Sedangkan orang jahil xtau sebab itu mereka buat.
KAn2???
pa2pun, Maaf zahir batin. Halalkan makan n minumku wahai sahabtku yang comel ni. Heheheheheheh…..
Hari berlalu tanpa kita sedari. Tanda ajal sentiasa menanti.
JAngan di lupa, Kalau ditakdirkan Allah ada istri,
maknanya jodoh pun makin menghampiri….
hehehehe.
Terasa kerinduan dengan kalian semua… (^_^)