Kenapa Ujian Seberat Ini?

“UWWWAAHHHH!!!!” Tangisnya berderai apabila mendengarkan berita dari kampung, jeritannya memecah kesunyian malam. Tunangannya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian, ditambah lagi dengan berita pengesahan doktor petang tadi mengatakan dia menghidapkan HIV disebabkan oleh kecuaian kakitangan hospital semasa proses pemindahan darah sewaktu pembedahan tempoh hari.
“Allah…” Hatinya berceragah. Terasa seolah-olah dunia ini tiada makna lagi baginya. Sudahlah kematian tunangannya, virus pembawa maut itu pun turut menumpang di tubuhnya, dia merasakan lebih baik mati untuk dirinya. Lalu dia berkata…

“KENAPA UJIAN SEBERAT INI?” Sambil menggigit bibirnya, air matanya terus berderaian.

Firman Allah :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
( Surah Al-Baqarah : Ayat 286 )
ujian dari Allah
Itulah jawapannya yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-Nya. Dia Maha Mengetahui akan kemampuan hamba-Nya dan Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Memang tidak dinafikan dunia ini penuh pancaroba, bermacam-macam kesusahan menimpah kita sedangkan manusia ini adalah insan yang lemah.
Jika ada masalah rujuklah Al-Qur’an dan As-Sunnah Rasulullah yang tercinta. Pasti ia boleh mengurangkan rasa sedih dan gelisah yang kita hadapi. Bukankah Al-Qur’an itu diturunkan sebagai penawar?
Sebagai seorang muslim, kita kena ingatkan diri JANGAN MUDAH PUTUS ASA! Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar! Bukan sedikit, tapi banyak kali Allah dah menasihati kita di dalam Al-Qur’an! Ayat tentang peringatan di dalam Kalam Allah tu terlalu banyak! Kita sahaja yang sering melupakannya kasih sayang Allah S.W.T terhadap kita sampai sanggup menghabiskan duit untuk berjumpa pakar-pakar kaunseling. Sedangkan pakar kaunseling juga turut menasihatkan supaya kita kembali kepada agama kita jika hendak bahagia.
Firman Allah :

“Jangan lah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
( Surah Ali Imran : Ayat 139 )

jangan putus asa

Di samping itu, ingatkan diri ujian yang Allah turunkan itu adalah tanda kasih sayang Allah S.W.T ke atas hamba²Nya. Allah nak hilangkan dosa kita dengan ujian tu supaya berguguran dosa-dosa kecil yang melekat pada tubuh kita ni. Allah tahu kita banyak dosa! Kita saja yang buta, merungut dengan ujian yang melanda lantas lupa betapa Allah S.W.T menyayangi kita. Sungguh Dia telah memberikan peluang untuk kita membersihkan debu-debu dosa yang hinggap pada diri… Maha Suci Engkau Ya Allah!
Pada 16, Jun 2009. Ally Iskandar di dalam rancangan Malaysia Hari Ini mengatakan dia ada menerima SMS dari seorang rakan dan aku cukup tertarik dengan intipati SMS tersebut. Isinya lebih kurang begini;

    Seorang hamba yang putus asa bertanya kepada Allah S.W.T.
    “Ya Allah, kenapa Kau berikan ujian sebegini berat? Sedangkan hati ku ini kecil!”
    Lalu, seorang ustaz yang terdengar kata-kata itu bersuara.
    “Anak ku, tidak kah kau lihat mata mu?! Walaupun ia kecil, tapi ia mampu melihat seluas dunia.”

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil dan sangat kasih akan hamba-Nya. Al-Qur’an dan As-Sunnah lah sebaik-baik pedoman untuk kita yang disediakan oleh Allah S.W.T apabila kita sedih mahupun gelisah. Dia lah tempat untuk kita mengadukan masalah-masalah kita dan pasti Dia Maha Mendengar akan mendengar rintihan kita… Subhannallah..
Berbalik kepada cerita awal tadi, akhirnya hamba Allah tersebut berdoa.
“Ya Allah, jika mati itu lebih baik bagiku maka ambillah nyawa ku. Tapi, jika sebaliknya maka bantulah aku Ya Allah..”
* Bunuh diri takkan hidu bau syurga (Na’ubzillah)

1 thought on “Kenapa Ujian Seberat Ini?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.