Masalah Booking Flight AirAsia

Masalah Booking Flight AirAsia 1

Allah,sabtu lepas aku try booking flight Air Asia. Dah buat pembayaran online dah, tiba-tiba….

[PaymentPending] Payment pending. TxnID:[censored]
Issuing Bank:[censored] TxnStatus: 2 Amt Due: 162.00MYR

Bila check akaun, habis sudah potong. Tapi bila check booking, still lagi Need Payment! Lepas tu try la call Air Asia, tak dapat! Cuti kot… aku try livechat. Setengah jam (lama juga tu) juga aku menunggu que untuk chat dengan orang Airasia ni.Last2 dia cakap, isi e-form dan attach bukti pembayaran serta maklumat booking sekali.

Hari ni aku try lagi, contact HQ Office di LCCT.  +60 3 8777 8002 (walaupun aku dah isi e-form hari Sabtu lepas)

“Sorry en. tak dapat nak nolong.” (lebih kurang begitu la bunyinya)

Geram juga la sikit, dia kata semua dah melalui online sekarang. Tapi, hari tu ok sj? ada orang cina bercakap di telefon. Dia try bantu, time tu booking aku pending juga la. Tapi bayaran belum dibuat. huhu… Ingatkan planning nak balik kampung 26hb/Okt/2013 – 4hb/Nov/2013.

Peruntukan habis! =.= Tak dapat nak mohon tiket free balik kampung. hhmmm….

Bila aku try check Twitter Air Asia baru aku perasan, ada orang lain lagi yang senasib dengan ku. kadang-kadang kita merasakan diri kita la yang paling susah, bermasalah, tapi ingatlah susah kita ada lagi yang susah.
Masalah Booking Flight AirAsia 2
Masalah Booking Flight AirAsia 3
 Masalah Booking Flight AirAsia 4
macam brother ni la aku kena, tapi aku dapat error mesej.

Sabar suhimi, sabar… (huahuahua). menangis sambil ketawa. Biasalah tu, sistem mana yang tak pernah bermasalah? ini bukan sistem ciptaan Allah, ini sistem ciptaan manusia.Apapun, tunggu sja la. Insya’Allah ada juga tu jalan keluarnya. Harap2 la.

Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

ikuti kemaskini berkaitan masalah di atas di post berikut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.