Sham Kamikaze “Tuhan, Aku Kembali”

Sham Kamikaze "Tuhan, Aku Kembali" 1

Alhamdulillah, dengan limpah izin dan kurnianya tiket fligth Air Asia yang fail tempoh hari akhirnya disahkan. Aku akan pulang untuk bercuti di kampung halaman lebih kurang 11 hari. Aku akan balik ke kampung penghujung bulan Okt ini.

Alhamdulillah, pagi ini juga aku berjaya membaca habis sebuah buku. Buku yang mungkin dan memang orang lain sudah lama membacanya. Buku ‘Tuhan, Aku Kembali’. Buku yang memaparkan penghijrahan saudara Sham Kamikaze (Shamril Mohd Salleh) daripada dunia glamornya menjadi seorang hamba yang taat dan bertakwa kepada Allah Subhana Wa Ta’ala. Membaca buku ini membawa aku mengenal dan menelusuri sedikit demi sedikit mengenai insan yang berbakat dalam bermain gitar ini.

Menceritakan bagaimana kecintaan dan kegilaan kepada dunia berubah kepada kecintaan kepada Allah Subhana Wa Ta’ala. Turut dimuatkan ‘Le Tour D’ Masjid’ bagaimana Sham Kamikaze bertemu dengan Imam Masjidil Haram. Semuanya atas perancangan dan kekuasaan Allah subhana Wa ta’ala. Sebelum penutup, Sham turut menjawab 10 soalan berkisarkan penghijrahannya. Insya’Allah buku ini juga memberi inspirasi untuk kita terus memperbaiki diri kita, mendidik hati, mendidik diri menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.
Untuk yang berminat mendapatkan buku setebal 115 muka surat ini, bolehlah mendapatkan terus dari
http://pts.com.my/buku/tuhan-aku-kembali/. Harga RM15 untuk semenanjung Malaysia & 17 untuk Sabah/Sarawak.

SINOPSIS:
============================
Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan. Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya. Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah.
Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.

KANDUNGAN:
============================
Bab 1: Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak ke nasi
Bab 2: Melebarkan Sayap
Bab 3: Sham yang Dahulu
Bab 4: Perancangan Allah s.w.t.
Bab 5: Pasca Penghijrahan
Bab 6: Ke Pentas Dakwah
Bab 7: Cabaran Dakwah
Bab 8: 10 Soalan untuk Sham Kamikaze
Bab 9: Harapan dan Cita-Cita
Bab 10: Epilog: Hidayah Tidak Mengenal Siapa

Semoga Sham terus istiqamah dalam berdakwah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.