Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya

10 sebab popular untuk menulis blog. No 9 mungkin membuatkan korang rasa teruja untuk menulis blog dan serius dengannya. Pada awalnya aku pun menulis blog sekadar untuk suka-suka, tapi bila melihat sebab menulis blog yang ke 9, aku mula bertindak untuk mencapainya! Nak tahu? bacalah sampai bawah. hehe…

menulis-blog
sumber : http://goo.gl/HGFhYB

Menulis Blog dan 10 Sebab Popular Memulakannya

1. Untuk Menyatakan Pemikiran dan pendapat

Bagi yang mempunyai sesuatu untuk dikatakan, blog menyediakan tempat untuk mengatakannya dan didengar orang ramai. Cuma perlu daftar blogspot/wordpress atau beli hosting dan domain kemudian terbitkan post. Lebih mudah berbanding hantar ke surat khabar, majalah dan sebagainya.

2. Mempromosikan Produk & Perkhidmatan

Blogging adalah cara yang baik untuk memasarkan atau mempromosikan diri. Ruang ini boleh digunakan untuk memperkenalkan perniagaan, produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dengan berkesan. Dengan ini pemasaran akan lebih menarik dan mengatasi pesaing-pesaing yang ada. (antara blogger yang praktik benda ni ialah mak jemah jual vitamin).

3. Membantu orang lain

Dengan berkongsikan cerita tentang sesuatu pengalaman yang telah lalui, seseorang itu boleh membantu orang lain yang bakal atau sedang melalui situasi yang sama. Tidak hairan la hari ini banyak blog yang berkaitan keibu-bapaan, kesihatan, kesihatan dan rujukan umum mendapat sambutan.

4. Membuktikkan Kepakaran

Blog adalah alat yang hebat untuk membantu blogger menonjolkan diri mereka sebagai pakar dalam bidang atau topik. Sebagai contoh, jika seseorang cuba untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang tertentu atau berharap untuk menerbitkan sebuah buku tentang tajuk tertentu, blog boleh membantu membuktikkan kepakaran mereka dan mewar-warkan kewujudan mereka dalam bidang tersebut.

5. Berhubung dengan Orang yang berfikiran sama.

Blogging membawa orang-orang yang berfikiran sama untuk lebih dekat bagi berkongsikan fikiran dan bterukar-tukar idea dalam kalangan mereka.

6. Membawa Perubahan

Ada blog yang menyediakan sesuatu maklumat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat ke arah tertentu. Selalunya blog begini ialah blog berunsur politik dan isu-isu sosial yang ditulis oleh penulis-penulis blog bagi membuat perubahan mengikut cara mereka sendiri. Hari ni ramai ahli politik mula mengaplikasikannya.

7. Agar Kekal Aktif dalam Suatu Bidang

Blog yang berjaya sebahagiannya bergantung kepada kekerapan kemaskini, maklumat yang segar. Jadi, ini adalah cara yang terbaik untuk membantu blogger yang mengikut perkembangan peristiwa dalam sesuatu bidang atau topik. Menulis blog akan mendorong blogger untuk terus update dengan perkembangan terbaru berkaitan bidang mereka.

8. Berhubung dengan rakan dan keluarga

Sejak capaian Internet menjadi lebih mudah jarak bukan lagi suatu masalah. Blog merupakan salah satu cara yang mudah untuk keluarga dan rakan-rakan terus berhubung. Walaupun berada jauh di ceruk rantau berlainan, blog membolehkan mereka berkongsi cerita, gambar, video dan banyak lagi.

9. Buat Duit Dengan Blog

Tidak sedikit blogger yang membuat duit dari blog. Dengan kerja keras dan komitmen yang tinggi, blog berpotensi untuk menjana pendapatan. Hari ini suda banyak blogger (terutama otai-otai) yang menghasilkan pendapatan dari blog mereka. Kuncinya ialah dengan kesabaran dan tindakan. Ada yang membuat duit melalui pengiklanan,aktiviti affiliates dan review produk di blog mereka. Contoh paling dekat kisah Blogger Menjana Lebih 100 Komisen Dengan Klikjer.

10. Suka-suka

Ramai orang memulakan blog hanya sekadar suka-suka. Mungkin sebab meminati pelakon tertentu atau drama, maka mereka berkongsi minat tersebut melalui blog. Salah satu kunci yang paling penting untuk blog yang berjaya adalah yang mempunyai minat mendalam tentang topik blog masing-masing, agar penulis boleh menulis secara mendalam mengenainya. Bahkan sesetngah blog yang terbaik dan paling menarik bermula sebagai blog yang ditulis hanya untuk bersuka-suka dan untuk memberikan blogger saluran yang kreatif.

Jadi, manakah alasan Menulis Blog yang munasabah bagi korang? Tak ada??

Kalau sebab korang nak menulis blog tak ada dalam senarai di atas, jangan susah. Ruangan komen sentiasa terbuka. Sila komen sampai lebam, jangan copy & paste artikel ni sudah. Penat aku terjemah dari english. (ketawa)

affiliate klikjer

50 thoughts on “Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya”

  1. Saya menulis di blog sebagai suka-suka sebagai hobi dan untuk menyatakan pendapat dan pemikiran saja dan sekarang pun masih suka-suka, tak terfikir lagi untuk ke arah yang no 9.

  2. Siapa sangka dari menulis suka-suka sudah meraih pendapatan sampingan walaupun tidak banyak seperti mereka yang menulis blog dengan menganggapkan ia adalah satu perniagaan.

  3. Ambe tulis blog sebab ambe memang minat menulis. Niat nak cari duit tu ada la jugak sikit-sikit. Sebab paham bahawa kalau serius nak cari income kerja kena lebih kuat.
    Ambe tak ada masa untuk itu. Boleh setakat update entry sekali-sekala ja.
    Ada mood bagus, update hari-hari…hehehe..

  4. hahaha… lawak la yg bawah sekali tu. penat translate dari artikel english. ok la tu.. berusaha utk bantu orang dgn bagi info kan.

    sy berblog sebab semua point di atas. sekian. hehe

  5. Pingback: 10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula - SuhimiNain.Com

  6. Pingback: 3 Sebab Saya Menulis Blog - Blog Sendiri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.