Ramai yang berminat menulis blog, tapi berapa ramai yang tahu Cara Menulis Blog Yang Baik? Alhamdulillah, Di bawah ni ada sedikit tips menulis blog yang aku selongkar dari dunia maya. Lepas berhempas pulas, akhirnya terbit juga tips ni dalam versi bahasa Melayu.
Bagi aku walaupun tips blogging ni nampak mudah, tapi amat berguna, lebih-lebih untuk blogger pemula macam aku. (Kalau tak aku akan terus menulis blog secara membabi buta. Haha…) Bagi korang pula macam mana?
10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula
1. Tetapkan Matlamat
Selepas tahu sebab untuk menulis blog, seseorang blogger mesti tetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan blog. Blog yang jelas matlamatnya mempunyai peluang yang lebih besar untuk berjaya.
Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, sama ada dalam enam bulan, satu tahun dan tiga tahun. (Terpulang ikut korang). Kemudian baru lah mereka bentuk, menulis dan memasarkan blog untuk memenuhi matlamat tersebut.
2. Kenali Pembaca
Reka bentuk blog dan kandungan mengikut selera pembaca. Contohnya jika pembacanya adalah remaja, jangan reka bentuk dan kandungan macam blog macam blog untuk profesional korporat. Kebiasaannya pembaca akan mengharapkan sesuatu, jadi jangan buat mereka hampa. Penuhi harapan tersebut melebihi jangkaan mereka! Pujuk mereka secara halus untuk jadi pembaca setia.
3. Konsisten
Blog adalah jenama. Sama seperti jenama popular seperti Samsung atau Iphone, blog juga perlu ada imej kepada pembaca. Reka bentuk blog dan kandungan mestilah konsisten dan menggambar mesej yang dibawa. Inilah yang menarik perhatian pembaca untuk datang lagi dan lagi.
4. Sentiasa Kemaskini
Blog yang baik ialah blog yang selalu dikemaskini. Inilah yang membezakan blog dengan laman web statik. Walau bagaimanapun, jangan sampai terbitkan kandungan yang tidak berguna. Ingat, cara terbaik untuk menarik pembaca setia ialah dengan selalu berkongsikan sesuatu yang baru(dan bermakna) untuk mereka baca.
5. Wujudkan Interaksi.
Salah satu aspek yang paling unik dalam menulis blog ialah kesan sosial. Sentiasa lah mengalu-alukan pembaca dan menjemput mereka menyertai perbualan dua hala. Minta pembaca tinggalkan komen dan respon komen mereka. Buat pembaca rasa dihargai dengan tonjolkan penglibatan mereka.
Selalu tinggalkan komen pada blog akan menjemput pembaca baru untuk melawat.
6. Tonjolkan diri
Kebanyakan kejayaan blog bergantung kepada usaha di luar blog. Usahakan untuk mencari blogger yang berkongsi fikiran yang sama dan ulas blog mereka, libatkan diri dalam laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dll. Promosikan blog secara berterusan dan kongsikan sesuatu yang bermakna untuk para pembaca.
7. Ambil Risiko
Jangan takut untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Tambahkan plug-in baru sertakan pastikan blog sentiasa segar dengan perubahan. Kaji setiap peningkatan potensi yang boleh membantu mencapai matlamat menulis blog. Jangan lupa respon pembaca terhadap perubahan-perubahan tersebut juga perlu diambil kira.
8. Dapatkan Bantuan
Tidak ada sesiapa yang tahu segala-galanya dan majoriti blogger tahu perkara ini. Cari penulis blog yang paling mudah didekati dan bersedia membantu. Jangan malu untuk mendekati rakan-rakan blogger bagi bantuan. Kejayaan blogosphere bergantung pada rangkaian, dan kebanyakan bloggers sentiasa bersedia untuk mengembangkan rangkaian mereka tanpa mengira sama ada anda seorang blogger berpengalaman atau pemula.
9. Teruskan Belajar
Hampir setiap hari ada sahaja alat baru yang diterbitkan untuk blog. Internet berubah dengan cepat, dan blogosphere pun sama. Ambil masa untuk menyelidik alat dan ciri-ciri baru tersebut. Manalah tahu tanpa disangka-sangka mungkin akan ada alat baru boleh menjadikan kerja-kerja blogging menjadi lebih mudah sekaligus meningkatkan pengalaman pembaca.
10. Jadilah Diri Sendiri
Terapkan personaliti ke dalam blog. Pembaca setia membaca blog bukan untuk mendapatkan berita. Sebaliknya, mereka membaca blog untuk mendapatkan pendapat blogger mengenai berita, dunia, kehidupan dan macam-macam hal yang berlegar disekitar mereka. Menulislah seperti sedang berbual dengan setiap pembaca.
Tips menulis blog yg paling penting?
Tulis blog kenalah ada jiwa! Hehe…
tetapkan matlamat MJ setuju sangat tu..nak kena tau kita bina blog dan menulis tu untuk apa kan..
mesti la, kalau tak da matlamat. nanti akan jadi mcm peluru tabur, semua pun nak diratah. hehe…
tambahan: tulislah untuk pembaca…
Terima Kasih abg. Sohoque. ini boleh dikembangkan untuk dijadikan artikel seterusnya. 🙂
tulis apa yang kita tahu dan suka. Jiwa otomatik akan ada dalam tu..
macam eXplorasa, kalau suka makan maka jadilah blogger makanan. hehe… Terima Kasih atas perkongsiannya. 😀
terima kasih tuan atas tips berguna yang diberikan ini…
sama-sama, Tuan. 🙂
input yang berguna.. lakukannya sekarang.. hehe
Terima Kasih bro. Boleh klik share untuk kongsikan dengan kawan2 ya. 🙂
Tips yang baik untuk diamalkan. Terima kasih kongsikannya dan insyaallah akan saya cuba amalkan.
Terima kasih kembali Tuan, semoga ada manfaatnya. 🙂
Hehe..terima kasih kongsikan..insyaAllah..boleh jadi panduan ni..
Terima kasih kembali Tuan. 🙂
senang cakap..buat target la.
senang kerja nanti.
tepat sekali, ini yg ada dalam missing chapter kitab pink. hehe…
ambil risiko, itu yang penting sebagai langkah permulaan.
+ berani. sbb tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan. 🙂
tulis dengan elemen sense of humor..pembaca tak mengantuk
ini tips terbaik punya HB. hehe… Terima Kasih, hampir terlupa pasal ni.
Saya ni pun kira blogger baru.. biarpun dah lama.. sal dah lama tak beraksi.. ni baru nak cilok balik.. hehe.. tips ni memang kena amek perhatian.. hehe
sama la kita, ni tulis pun sebenarnya untuk diri sendiri juga. 🙂
nampak macam simple tetapi mmg sgt berguna. thanks berkongsi tips yg baik ini.. 🙂
sama-sama. 🙂
Paling penting kena ada jiwa.
So orang akan sentiasa datang ke blog kita untuk baca.
Ada sesuatu boleh dikongsi melalui artikel.
Dan orang lain akan dapat kebaikannya.
tips tu aku kutip dari blog otai, en.Reezluv 🙂
Kena fokus.. jangan berputus asa..
semestinya. 🙂
konsisten itu yang pelik biasa kehabisan idea ada masa boring pula nak menulis
sebab tu kena ada kawan blogging supaya boleh cas semangat.
Banyak sangat henda difikirkan sebelum menulis sesuatu yang bukan digemari saya. Tulislah apa yang dirasakan manfaat atau ingin dikongsikan selagi ia tidak melanggar norma-norma dan batas-batas.
Terima Kasih atas tipsnya Tuan. 🙂
setuju menulis blog juga perlu ada jiwa. nanti kongsi2 lah ngan kami bagaimana pula nak menulis dengan penuh jiwa ye. hehe
Insya’Allah, terima kasih untuk idea seterusnya. 🙂
ye, saya memang sntiasa mencari tips2 untuk menulis blog dengan baik…terima kasih berkongsi tips yg menarik..
Terima kasih berkongsi tips yang menarik ini… sangat berguna untuk saya yg baru start untuk ber blogging ni..
tips yg membantu para blogger yg baru nak mula mnulis blogg.. terbaikkk
Feeling kena ada waktu menulis, baru sampai kepada pembaca. 😀
Suka tips yang last tu, jadilah diri sendiri!
10 tips yang ringkas dan padat. Menulis dengan jiwa dapat membezakan antara seorang penulis dengan penulis yang lain. Kadang-kadang tu, kita cerita perkara yang sama, namun bila menulis dengan jiwa, nampak disitu perbezaannya
betul lah, saya masih mencari rentak. masih lagi banyak perkara perlu diperbaiki.
Pingback: 5 Rahsia Menulis Blog Dengan Jiwa - Suhimi Nain