Sedang aku menatap surat khabar, hatiku terpanggil untuk meyentuh tentang satu topic yang amat besar ini. Aku tahu perkara yang aku tuliskan pada kali ini ialah berkaitan dengan teori politikal namun, aku merasakan ia perlukan satu penjelasan sebab itulah aku perlu menulisnya. Iaitu…
Aku hanya ingin mengajak para sahabat ku untuk melakukan penilaian semula mengikut manhaj Al-Qur’an dan As-Sunnah yang telah diturunkan kepada kita sebagai umat Islam semenjak aku mengenali Islam.
Persoalannya ialah sejauh mana kita memahami definisi negara Islam? Ramai diantara kita pada hari ini yang mengatakan bahawa kita berpijak di sebuah Negara Islam, namun penjelasan mendalam tentang perkara ini tidak pernah diutarakan. Yang cuma ada ialah satu kenyataan, iaitu ‘agama rasmi Negara ialah agama islam’ dan umum masyarakat kita menerimanya. Sebelum kita mengupas isu ini lebih baiklah kita mengetahui ciri-ciri Islam terlebih dahulu.
ISLAM AGAMA LENGKAP
Ramai yang tahu Islam adalah agama lengkap sebagaimana dalam firman Allah Subhana Wa Ta-ala yang bermaksud :
“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kalian…” (Al-Maidah: 3)
Tetapi, ramai yang tidak memahami bahawa lengkapnya Islam itu bermakna sesuai untuk seluruh umat, lengkap dan menyeluruh. Bukan sekadar agama.
DEFINISI NEGARA ISLAM
Maka, dengan itu kita mestilah meyakini Islam sebagai panduan hidup kita! Dan seluruh ruang lingkup kehidupan kita adalah termasuk bernegara. Oleh itu untuk menjadi sebuah negara Islam, negara tersebut mestilah mengambil Islam secara keseluruhannya samada perlembagaan dan perundangan, ekonomi dan sosialnya.
Jika Islam diambil secara sebahagian sahaja ia tidak layak digelarkan sebagai sebuah negara Islam seperti yang termaktub di dalam ayat di bawah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian.”(Al-Baqarah : Ayat 208)
Dengan kata lain, Islam tidak lengkap telah diamalkan. Kegagalan mengambil Islam secara keseluruhan akan menggugurkan kelayakan sebuah negara sebagai sebuah negara Islam. Islam bukanlah 5 – 1 = 4. Tetapi, 5 – 1 = 0.
Di mana jika kita belajar sejarah pun, sewaktu Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam mendirikan negara Islam ia telah mengambil Islam secara keseluruhannya.
Di dalam sejarah negara Islam turut dikenali dengan satu nama, iaitu Khilafah. Khilafah adalah termasuk kerajaan bani Umaiyah, Abbasiyah dan banyak lagi sehingga menguasai dua per tiga dunia. Khilafah ditadbirkan serta diuruskan berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah yang tegar.
Khilafah yang terakhir ialah Turki Uthmaniyyah yang ditumbangkan oleh proksi barat iaitu Mustapa Kemal Atarurk di mana si pengkhianat ini telah menerapkan unsur sekular di dalam negara. Malangnya Utusan Malaysia tiba-tiba membela si pengkhianat ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya dalam hal ini sebenarnya telah berlaku kekeliruan, antara Negara Islam dan Negara Orang Islam. Ramai yang menyangka bahawa Negara Orang Islam itu sama dengan Negara Islam, namun hakikatnya ia berbeza.
Negara orang Islam bermaksud yang suatu negara yang majoritinya adalah orang Islam manakala Negara Islam pula ialah satu negara yang mengambil Islam secara keseluruhannya ialitu Politik, Ekonomi dan Sosial selaras dengan ciri-ciri Islam yang lengkap dan menyeluruh.
Penulisan ku ini cumalah simple sahaja, walau bagaimanapun diharap dapat memberikan penglihatan kepada para sahabat tenteng perkara ini. Sahabat amat dialu-alukan untuk melakukan sebarang penambahan sebagai satu pertukaran ilmu di antara kita. Penerimaan artikel ini terpulang kepada para pembaca, namun kita perlu ingat bahawa neraca terbaik ialah Al-Qur’an & As-Sunnah bukannya idealogi manusia.
Assalamualaikum… Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah..”Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain”(Hadis riwayat Al-Qudhi).
“SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT”
P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini… sila klik
DISINI
“Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. – Surah Al-Asr:1-3.
blog anda bagus dan bermanfaat…!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.