Semasa menyelak majalah SOLUSI Isu 17, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Aku tertarik dengan satu kisah yang dimuatkan di ruangan Mahmudah oleh Umar M. Noor pada muka surat 27. Sekadar untuk perkongsian bersama. Sebagai seorang Da’ie cerita ini bermakna amat bermakna untuk ku. (aku ketinggalan isu 16. Siapa masih ada stok?)
Seorang lelaki menempuh perjalanan yang sangat melelahkan dari Maghribi (Morocco) ke Madinah. Ia membawa beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada Imam Malik.
Soalan ini dititipkan penduduk kampungnya untuk mendapat jawapan langsung daripada Imam Ahli Madinah yang termasyhur itu. Dengan prasarana pengangkutan yang amat sederhana, perjalanannya ini mengambil masa berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan lamanya.
Setibanya di Madinah, ia segera menghadiri majlis Imam Malik. Di hadapan semua hadirin, laki-laki ini segera menyampaikan soalanny. Namun jawapan Imam Mailk, “Saya tidak tahu. Masalah ini belum pernah berlaku di negeri kami. Guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kembalilah esok hari.”
Pada keesokan harinya, lelaki itu kembali sambil memimpin keldai yang menjadi kenderaannya. Setelah bersiap untuk kembali ke negerinya dia sempat bertanya : “Wahai Imam, bagaimana (jawapan bagi) soalan saya semalam?”
Imam Malik menjawab : “Aku masih belum tahu jawapannya.”
Ornag itu berkata : “Wahai Abu Abdillah, soalan ini dititipkan oleh penduduk kotaku di Maghrib. Mereka berkata bahawa tidak ada orang yang lebih ali daripada tuan di muka bumi ini. Apa yang harus aku katakan kepada mereka nanti?”
Sekali lagi Imam Malik menjawap dengan ringannya : “Apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu mereka bahawa Malik tidak tahu.”
BERHATI-HATI
Kisah ini saya dapatkan daripada sebuah kitab karangan al-Qadhi’Iyadh (w.544H) yang bertajuk Tartib al-madarik wa Taqrib al-Masalik li Ma’rifati A’lami AShabi Malik. Dalam kisah ini, kita melihat Imam Malik bin Anas yang sangat berhati-hati dalam menjawab persoalan agama yang diajukan kepadanya. Jika tidak tahu atas sesuatu soalan, beliau tidak memaksakan diri untuk menjawabnya. Sebaliknya, tanpa malu-malu ia mengucapkan kalimat, “Saya tidak tahu.”
Imam Malik pernah berkata, “Jika seseorang mengabaikan (kalimat) ‘saya tidak tahu’, maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan.”