Bila sebut ‘Orang Ketiga’, masyarakat kita amat khusus tentang cerita sebegini. Terutama sekali remaja yang sedang di lamun cinta seperti cerita di dalam lagu “cinta tiga segi’ tu! Sedih pula ceritanya.. Yalah! Tapi, apa boleh buat, semuanya itu sekadar cerita.
Walau bagaimanapun, tak dinafikan ‘orang ketiga’ ini jugalah yang sentiasa mencemarkan percintaan banyak remaja. Kadang-kadang kecewa dan sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri. Nau’zubillah! Kalau boleh janganlah ada orang ketiga ya? Adapun begitu, saya tidak mengatakan ‘bercouple’ itu boleh dalam Islam. Tu kalau nak tahu boleh baca artikel di Pustaka Saidina Ali di pusat Islam PKK.
Sekarang, mari buka cerita. Modalnya di sini ialah… BERDUAN-DUAN. (FUIYOH! Macam best pula kan?!) Apa kaitannya berduan-duaan dengan orang ketiga? Jom kita selidik, di dalam Islam mereka yang telah bertunang boleh berkeluar bersama kan? Betul tak? Sapa cakap tak boleh? Jawapannya boleh lah! MEMANG BOLEH! Tapi……………… ADA SYARATNYA! Hehehe… Iaitu mesti ada mahram ikut serta dengan mereka. Kenapa mesti begitu? Kalau tidak akan muncul ‘orang ketiga’! Itu orang yang bertunang apa lagi mereka yang ‘bercouple’.
Hehehe… ada faham tak? Kalau yang dah dapat tangkap saya tabiklah, sebenarnya ‘orang ketiga’ yang dimaksudkan di sini ialah…
SYAITAN… (Dahsyat juga nama tu! Seram sejuk pula rasanya…)
OK. Sekali lagi kita berbalik kepada masyarakat kita. Di Politeknik ni bila menjelang sahaja malam, mungkin ada yang tidak percaya, tapi inilah hakikatnya. ‘couple’² mula muncul macam ‘vampire’ kehausan ‘darah’. Astaghfirullahalazim… Berdua-duaan pula tu! Kalau ada yang cakap sikit tu, mustahil lah! Sebab dah lama saya perhatikan, ada yang berdua-duan dalam kereta di depan ‘lorong cinta lagi’! Dan Lubuk ‘drama swatsa’ ini adalah kafeteria! Maka dengan itu muncullah syaitan secara rasminya sebagai ‘orang ketiga’, menghasut couple² ini ke arah maksiat. (Kasihan…)
Masih ingat tak waktu akur janji pelajar kamsis? Warden sendiri cakap ada orang luar sebut kalau nak ‘cari perempuan’ pergi poli saja. Bukan saya yang cakap, tapi warden yang beritahu. Maknanya gejala di poli dah teruk! Jadi apakah tindakan kita sebagai seorang muslim? Kita rujuk hadis ini:
“Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman.”
Itu sabda Nabi tau! Kalau tolak boleh murtad jadinya. Jaga-jaga! Jadi, sama-samalah kita check iman kita. ‘service’ hati kita! Sampai bila kita mahu iman kita terus ‘lemah’! ‘Upgrade’ lah cepat-cepat… Jangan kasi lama!
Wallahu’alam…
nak sedap sikit panggil 3rd party.