Kerja & Dakwah

kerja dakwah

Dalam bergerak sebagai seorang da’ie kadang-kadang pun turut tergelincir juga, kadang-kadang terhantuk terngadah juga, dan kadang-kadang terpinga juga akhirnya. Selama ini aku sibuk memerhatikan keadaan sekeliling ku sehingga aku buta untuk mencari benih kepada masalah tersebut, nasib baiklah sewaktu aku terhantuk tempoh hari aku turut terngadah kalau tidak pasti dah bertemu dengan-Nya! Namun itu bukan pokok pangkalnya, sekarang ini kita sedang menghadapi masalah ketandusan ‘pendakwah’!
Aku sedar aku cuma seorang hamba. Yang mana dalam kamus dunia hamba ini ialah seorang yang tiada makna di sisi tuannya. Bahkan tiada hak terhadap diri sendiri! Tujuan ku menulis artikel ini bukanlah untuk mencari salah sesiapa. Cuma aku tidak sanggup lagi melihat satu persatu pendakwah yang sedang bertatih bagi meniti perjuangan di luar sana terpedaya.
Sekarang aku sedang membuat pemerhatian di mana silapnya sehingga ‘jentera dakwah’ tidak berfungsi?
Salah satu jawpannya ialah apabila seorang da’ie gagal membezakan dakwah dan kerja! Kita perlu ingat bahawa dakwah dan kerja itu berbeza, dakwah itu pasti melingkupi ruang kerja. Namun belum tentu lagi kerja itu melingkungi ruang dakwah!
Mungkin ada yang keliru, namun inilah hakikat dakwah yang sebenarnya! Dakwah mengajak kepada kebenaran dan mencegah kebatilan kerana Allah S.W.T. Bukannya kerana si along atau si fatimah! Mahupun si tipah! Dan dakwah ini berteraskan kasih sayang Walaupun dalam kekerasannya.
Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang terlupa bahawa dakwah ini bukanlah jalan yang mudah, seperti kata Hassan Al-Banna pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin, yang mana mati dibunuh secara terancang! Kata beliau dakwah ini bukanlah jalan yang bentangkan dengan karpet merah dan bunga-bungaan, tetapi inilah jalan yang penuh halangan dan kepayahan! Dan kepayahan itulah yang mesti kita mesti lepasi untuk mencari MARDHOTILLAH! Ini terbukti dengan jalan dakwah yang dilalui sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Qur’an :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami(Allah) telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
( surah Al-Ankabut : Ayat 2 -3 )

Jadi, mereka yang tidak terjun ke medan dakwah ini pun diuji, apa lagi kita yang berani menggelarkan diri ini sebagai da’ie. Ingatlah! Dakwah tidak boleh dipikul oleh orang manja! Kalau tidak sedia untuk berubah, maka akan terlucutlah ciri-ciri da’ie itu di dalam diri kita! Yang tinggal cuma nama!
Kemudian dakwah itu bukan sekadar ketika bergerak di dalam jentera dakwah sahaja! Ia mesti memenuhi ruang lingkup kehidupan, dengan mengenakan Qudwah Hasanah itu sebagai di mana saja! Bukan hanya di dalam saff gerakan.
Hal ini jauh beza dari kerja! (Macam langit dan bumi) Kalau bekerja, ia tidak memenuhi ruang lingkup kehidupan, tapi cuma di dalam sesuatu suasana dan sesuatu tempat dan ruang sahaja. Lagipun, kalau bekerja biasanya apabila kita ditegur maka terus MAKDAL (makan dalam) lah kita. Sebaliknya pula dengan seorang pendakwah, di mana di akan memuhasabah dirinya sendiri jika menerima teguran dia akan mengkaji perkara tersebut yang baik jadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan dan pasrah kepada Allah S.W.T seandai benar tersilap dalam gerak kerjanya.
Mari kita renung… Mana pentingnya perasaan MAKDAL dengan Islam yang tercinta! Dapatkah dibandingkan keegoan kita dengan nilai Islam? Dapatkah? Jawapannya sudah tentu jauh sekali. Jauh panggang dari api!
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan cara teguran itu mestilah dengan cara yang baik seperti mana firman Allah S.W.T :
“Sekiranya kamu berkasar serta keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu.”
(surah Ali-Imran, ayat 159)
Di samping kita tidak seharusnya mencari salah rakan seperjuangan kita untuk cuma berkata. Tapi menyelesaikannya bersama! Tegurlah kerana kasih sayang kerana itulah teras utama dakwah sekalipun dalam ketegasannya! Bukannya disulami dengan perasaan MAKDAL dan sakit hati!
Wahai para da’ie! Memang kita tahu Islam akan gemilang suatu hari nanti. Namun, kalau kita cuma tahu berkata kitalah yang rugi kerana cuma sebagai penonton dalam reformasi ke arah masyarakat Islami!
Apapun yang disampaikan oleh diri yang hina ini, cumalah sekadar pesan dan diharapkan dijadikan iktibar kepada diri sendiri bersama rakan seperjuangan agar kita sama terus berpeluang menjadi barisan yang menjulang Islam di masa hadapan. Sama-samalah kita saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan memperingatkan daripada kebatilan, Insya’Allah. Perbaikilah diri kita yang bergelar…. PENDAKWAH…
TAKBIR!!! (ALLAHUAKHBAR!!!)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.