Panas rasa hatiku bila mengingatkan peristiwa semalam! Ceritanya begini, sempena konvokesyen kat PoliKK ada gerai konvo diadakan pada malam berkenaan. Dan pada malam juga gerakan anti-maksiat telah dibentuk oleh pihak berkenaan dan ini merupakan usaha yang baik.
Sementara menanti waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai untuk lalu lintas pada malam 3 April tu, aku pun turut sertalah dalam gerakan tersebut. Kami bergerak kira-kira jam 8.30 mlm di mana waktu itu para pelajar mula berbondong-bondong melangkahkan kaki ke tapak gerai!
Awal-awal lagi aku mulai merasa sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan remaja? Detik hatiku. Malam konvo seakan bakal bertukar menjadi tempat mereka bergaul bebas, pada awalnya memanglah tidak kelihatan namun apabila gerakan anti maksiat masuk ke kawasan gerai konvo segalanya menjadi samar-samar. Memang sudah ku duga,
“Kebenaran yang tidak terancang, akhirnya akan dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang.”
Jema’ah bukan lagi jema’ah. Masing-masing ikut haluan masing-masing! Termasuk aku… Sungguh menyedihkan! Malam ini aku melihat sendiri betapa runtuh remaja ini. Aku pun tak tahu nak cakap apa… Aku rasa sungguh tak berdaya, aku cuma mampu melihat mereka yang sedang mengikutkan darah muda! Berteriak seperti ‘kera’!
Bukan itu sahaja, pergaulan bebas! Aku masih ingat lagi, selepas aku terpisah dari gerakan anti maksiat aku mula mengikut arahku sendiri, mencari di mana ceruk yang Ilahi mengizinkan kaki ini pergi. Lantas aku pun pergi ke pinggir kawasan gerai! Ada sebuah perodua kelisa berhenti di tengah-tengah kesesakan itu.. di dalamnya ada sepasang ‘couple’.
Kereta berkenaan benar-benar berhenti dihadapanku. Namun, orang di dalamnya seakan menginginkan aku pergi dari pandangan mereka beserta kopiah ku. Curiga juga rasanya! So, aku pun berpindah sikit ke kanan… dan aku rasa sungguh kecewa.. MEREKA ‘BERTIKAM’ LIDAH! Lantas aku pun terus meluru ke pintu kereta dan membuka kereta! Mataku dan mata perempuan tadi bertentangan. (Macam tak puas hati!) Dia pun keluar dari kereta dan aku pun bertanya.
“suami isteri ka?!”
“Bukan! Bakal tunang!” JAWAPNYA DENGAN BANGGA!
Masya’Allah! Adakah itu lesen untuk bercumbu-cumbuan? (Ingat-ngatlah ibu-bapa di rumah tu,K) Selepas itu teman lelakinya pula keluar dari kereta juga seakan tidak puas hati! Ya, aku memang geram time tu! Tapi, aku tak da kuasa, aku rasa sedih sangat sebab cuma mampu menyampaikan tapi tak dapat mengubah dengan tangan! Pada mereka yang belum terjebak ingat, ingatlah bahawa Islam bersungguh-sungguh mengangkat darjat kaum hawa daripada krisis zaman jahiliyah. Jadi, jangan gadaikan darjat anda buat kali kedua!
Pergaulan bebas pada malam itu cukup membimbangkan! Kawan ku dari PRS ada mengatakan bahawa pagawai kaunseling turut melenting dengan sikap pelajar pada malam tu.
“Ini malam konvo bukannya malam untuk kamu berasmaradana!”
Lebih kurang begitulah nadanya dan ada yang bercumbu-cumbuan bagaikan tidak berfikiran! Kalau betul-betul ‘ketandusan’, Nikah (Connecting People) ja lah! Macam-macam ‘dressing’ yang tak sepatutnya terpertontonkan pada malam itu bagaikan sudah menjadi kebiasaan! (Astaghfirullahalazim…)
Diharap pihak berkenaan mengambil langkah yang SUPER POWER bagi mengekang masalah ini. Antara cadangan yang diutara oleh orang tertentu untuk diusahakan oleh PoliKK bagi membendung masalah gejala ‘sosial’ yang melanda ialah:
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman.”
(Hadith Riwayat Muslim)