Solat, Menghadap Ka’abah?!

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya.
“Kita solat menghadap apa?”

 

Lantas, murid pun menjawap.

 

“Ka’abah!”

 

Tapi, dengan spontan guru tersebut menjawap.

 

“Syirik…”

 

APAA???!! Syirik????! Em, Apa tunggu lagi? Mari kita kaji! Di sini aku lontarkan persoalan pertama buat kita. Apakah antara syarat sah solat? Tak lain dan tak bukan ialah menghadapa kiblat kakan? Iaitu Ka’abah! Kalau berpaling dada dari arah kiblat maka akan batallah solat kita! Maknanya betulah jawapan murid tadi! Jadi, macam mana ni???? Guru tu dah sesatkah??? Jawapannya tidak.

masjidil haram makkah

Steady OK? Kajian masih di peringkat awal. Jawapan murid itu memang betul,dan aku tak katakan jawapan tu salah… Cuma… KURANG TEPAT! Dan jika kita rujuk di dalam Al-Qur’an, pasti ada jawapan yang lebih dalam lagi yang kita akan temui berkaitan persoalan berkaitan babak di antara guru dan murid tadi!
Firman Allah S.W.T :
“tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (beribadat) kepada Ku (Allah)
( Surah Az-Zariyyat : Ayat 56)

 

Maknanya semua peribatan kita adalah untuk Allah S.W.T dan dengan kata lain kita solat adalah menghadap Allah S.W.T. Subhannallah! Ka’abah Cuma simbolik rupanya! Di mana jasad kita menghadap Ka’abah secara zahirnya tetapi hati kita menghadap Allah S.W.T. Makanya, kalau kita menjadi ka’abah sebagai tujuan semata-mata, maka akan jatuh syiriklah! Nau’zubillah!
Then, terlanjur cerita pasal kiblat ni kan, ada seorang kawan aku di tanya oleh seorang non-muslim. Dia ditanya :
“Kenapa umat Islam menghadap ke arah Ka’abah waktu solat?”

pertukaran kiblat umat islam

Jawapannya begini, sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berada di Mekah di tengah-tengah kaum musyrikin beliau berkiblat ke Baitulmaqdis. Tetapi setelah 16 atau 17 bulan Nabi berada di Madinah di tengah-tengah Yahudi dan Nasrani, Baginda diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengambil Ka’abah sebagai Kiblat, terutama sekali untuk memberi pengertian bahawa dalam ibadat Solat itu bukanlah arah Baitulmaqdis dan Ka’abah itu menjadi tujuan, tetapi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T! Untuk simbolik penyatuan umat Islam, Allah telah memilih Ka’abah sebagai kiblat.
Kiblat mata ialah tempat sujud, kiblat tubuh ialah ka’abah dan kiblat hati ialah Allah Subhana Wa Ta’ala.
Wallahu’alam…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.