Pemimpin Yang Sebenar

Sumber : Solusi.

Seorang wartawan diberi peluang makan malam dengan dua orang calon perdana menteri, secara berasingan. Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri (PM) di antara dua calon ini.

Pemimpin Yang Sebenar 1
Pada hari pertama, wartawan tersebut pun makan bersama calon yang pertama. Mereka berbual pelbagai topic dan isu. Perbualan itu sungguh hebat, berlangsung lebih 2 jam, penuh rancak dan menarik. Seusainya, beliau ditanya : “Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM itu?”
Tanpa teragak-agak beliau menjawab : “Saya mendapat banyak input yang bermanfaat. Tidak syak lagi dialah manusia yang paling bijak dan berkemampuan.”
Esoknya, giliran makan malam bersama calon PM yang kedua pula. Mereka juga berbual tentang pelbagai isu dan perkara. Perbualan itu sungguh mesra. Ia juga berlangsung lebih dua jam. Sebaik keluar dari majlis tersebut, dia ditanya : “Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM kedua inii?”
Tanpa berfikir panjang dia menjawab : “Sepanjang bersamanya saya merasakan sayalah orang yang paling bijak dan paling berkemampuan!”
“Jadi, siapa yang saudara rasa lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri?” 
“Calon kedua.” “Rasanya saudara kata calon pertama lebih bijak?” “Bukan itu criteria utama menjadi pemimpin,” Kata wartawan itu. “Kalau bukan itu, habis apa?” “Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di awab pimpinannya rasa bijak. Bukannya dia hanya membuat pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya!”
Pengajaran :Pemimpin mesti sentiasa berfikir demi kebaikan pengikutnya. Bukan berfikir untuk kepentingan dirinya. Kebijaksanaan sahaja tidak cukup untuk memimpin dengan baik. Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksaan dalam menawan hati pengikut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.