Ditekankan disini ialah Salafi menerima ayat tersebut tapi menerima ayat tersebut tanpa menyamakan tangan Allah itu dengan tangan makhluk, dan tidak mentafsirkannya kerana Asma’ Allah itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Maknya ialah kita menerimanya ayat tersebut tanpa bertanya bagaimana ‘tangan Allah’ itu? Hal diserahkan kepada Allah.
Kemudian, sahabat ku itu bingung dan memberikan handphone kepada sahabat sebelah.
“Anta cakap Allah ada tangan?” Suaranya bagaikan ustaz. MasyaAllah… ku ingatkan masalah sahabat ku itu ringan. Oleh itu aku pun menjawab
“Ya” Tanpa mentakwil ayat itu. Maksudnya aku tidak menafsirkan ayat itu.
“Anta tahu tak itu ayat mutasyabiyah? Ayat ni wajib di takwil. Kalau anta terima ayat tu, maknanya anta menjisimkan Allah. Anta tahu tak ulama’ dah sepakat barang siapa yang menjisimkan Allah maka dia adalah kafir?”
“tidak, saya tidak mentafsir ayat itu.” Jawap ku. “Aku cuma mengikut kaedah salafi”
“Itu kaedah wahhabi.” Kata suara itu. Dari katanya aku berpendapat dia telah salah faham dengan mengatakan Wahabi menjisimkan Allah.
“Mana-mana sajalah, saya tidak taklid kepada mana-mana fahaman. Saya berlapang dada.”
“Anta tak boleh macam tu. Anta tahu tak ni masalah akidah? Ni bukan perkara main-main. Anta ada bukti, kalau betul mana kitabnya? Mana hadithnya?”
Berderau darah ku mendengar kenyataan itu. Aku bukanlah ahli hadith, bukannya juga ahli agama. Aku cuma student kejuruteraan. SubhanaAllah!
Begitu rumit rupanya berbezaan pendapat. Sebelum ini aku tak pernah pun terjebak, aku menerima Salafi setelah dan mendengar sendiri hujah kedua pihak daripada adik ku yang mengkaji tentang Salafi dan Khalaf ini.
Akhir sekali disebabkan handphone adalah milik saudara Iskhandar, aku tidak dapat bercakap lama. Namun, dihujung perbualan kami saling meraikan dan menghormati pendapat masing-masing.
PENJELASAN
Mungkin saudara yang berminat boleh mendalaminya sendiri. Aku tidak mampu memahamkannya. Sekiranya benar-benar berminat untuk mengenali wahhabi melalui orang-orang yang lebih mendalam ilmunya, Insya’Allah aku cuma perkenalkan.
BAGI YANG SUDAH TERJEBAK
Ditegaskan di sini jangan dengar daripada satu pihak sahaja. Sekiranya keliru berkenaan sesuatu kenyataan maka bertanyalah kepada ahlinya. Sekiranya anda keliru tentang Wahhabi/Salafi bertanyalah kepada Wahhabi/Salafi jangan bertanya kepada Khalaf. Ahlinya itu lebih mengetahui dan bertanya kepada ahlinya adalah lebih selamat dan mengelakkan berlakunya salah faham. Sebagai contoh jangan bertanyakan tentang masakan kepada tukang kayu kerana dia tidak sepenuh, bahkan jawapannya mungkin salah.
Berpeganglah kepada hujah dan jangan dipengaruhi oleh kontroversi dan provokasi semasa pencarian anda.
Berikut adalah beberapa buku yang sesuai untuk anda mengenali Wahhabi secara mendalam dan mendekat.
- Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyyah Wahhabiyyah ( Hafiz Firdaus )
- Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenarnya? ( Dr. Azwira Abdul Aziz )
Manakala laman web rujukan adalah :
- http://al-fikrah.net
- http://hafizfirdaus.com
Tujuan aku menulis artikel ini bukan untuk mewujudkan perselisihan, namun aku ingin mereka sedar bahawa kita sedar bahawa ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini telah salah faham dengan istilah ‘Wahhabi’ yang selama ini dimomokkan di media massa. Semoga kita semua saling menghormati…
Wallahu’alam…