Ceramah Bulanan Masjid Telekom, Telipok

Ceramah Bulanan Masjid Telekom, Telipok 1
Ustaz Nahar memberikan ceramah
26 JUN 2010, SABTU – Semalam telah berlangsung program Ceramah Bulanan bertempat di Masjid Telekom, Telipok. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak masjid berkenaan. Kira-kira 30 peserta telah hadir untuk menyertai program ilmu berkenaan.
Ceramah Bulanan Masjid Telekom, Telipok 2
Pelajar Politeknik yang turut serta

Program bermula selepas maghrib sehingga keesokan hari. Slot ceramah yang dikendalikan oleh Ustaz Nahar Hj. Mantamin menyusul sebaik sahaja selesainya solat Isyak secara berjema’ah. Antara pengisian yang sempat diberikan oleh Ustaz Nahar ialah larangan Rasulullah Sallallahu’alaihi Wassalam agar umatnya tidak berlebihan dalam melakukan ibadat. Ujarnya lagi Baginda menganjurkan kesederhaan di dalam beribadah namun istiqamah dalam melakukannya.

Kemudian slot berkenaan diikuti oleh Qi’amulail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh yang kendalikan oleh Ustaz Zulfikar. penganjur turut menyediakan santapan untuk hadirin dan hadiran.

Ceramah Bulanan Masjid Telekom, Telipok 3
Kuliah Subuh oleh Ustaz Zulfikar

Ceramah Bulanan Masjid Telekom, Telipok 4
 Peserta menikmati juadah sarapan
Program Ceramah Bulanan berkenaan dijadualkan akan dilaksanakan secara bulanan di Masjid Telekom, Telipok. Orang awam serta muslimin dan muslimat dijemput untuk hadir dan memeriahkan program ibadah berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.