Jalan Allah Bukan Edisi Terhad

Jalan Allah Bukan Edisi Terhad 1

Berjuanglah Di Jalan Allah!
Keluarlah  Di Jalan Allah!
Matilah Di Jalan Allah! 
  

Itu perkataan yang lahir di banyak mulut para pendakwah mahupun pejuang islam. Masing-masing mendefinisikan jalan Allah mengikut kefahaman atau kaedah jema’ah mereka. Ada jema’ah yang mengatakan inilah jalan  Allah, itulah jalan Allah, sanalah jalan Allah! Lantas, mana satukah yang Jalan Allah Subhana Wa Ta’ala? Sesungguhnya Jalan Allah itu luas sekali definisinya. Namun ia telah dieksploitasi dengan ruang, masa dan tempat.
Oleh itu lahirlah, “kami adalah jema’ah yang paling benar!”
Jema’ah yang yang dimaksudkan di sini bukanlah jema’ah yang mengatakan “kami paling benar!” tetapi jema’ah yang dimaksudkan di sini ialah jema’ah yang tidak mahu bertolak ansur dalam fiqh perjuangan, menganggap mereka sebagai satu-satunya landasan perjuangan. Sesiapa sahaja yang diberlainan kaedah daripada maka mereka adalah salah! Walhal hanya Akidahlah yang menjadi penentu kepada sesuatu kekafiran dan kekufuran bukannya diikat oleh ruang, masa dan tempat termasuk ‘wasilah’.
Sebagai contoh, sesatnya orang Yahudi bukan disebabkan bangsa mereka. Tetapi mereka sesat disebabkan iktikad mereka, sesatnya mereka disebabkan sikap mereka. Bahkan sekalipun mereka itu memihak kepada Islam dalam sebahagian perkara, mereka tetap juga sesat disebabkan Akidah mereka.
Kemudian disebabkan Akidah itu tidak pernah terikat kepada satu-satu ruang, masa dan tempat maka Jalan
Allah bukan hanya 1 di dunia. Ia wujud dalam pelbagai ruang, masa dan tempat.
Kita perlu sedar sebab wujudnya pelbagai kepelbagaian fiqh dan variasinya ialah untuk memenuhi keperluan dakwah dan selera pendakwah. Manakala Akidah merupakan penentuan kepada validity kepada sama ada perjuangan itu adalah Jalan Allah Subhana Wa Ta’ala, selagi mana fiqh perjuangan itu tidak menggadai Akidah dan syariat yang telah tetap di dalam islam;contohnya ibadah khusus maka ia tetap berada di jalan Allah. Jangan disebabkan perbezaan fiqh dalam perjuang kita menjadi saling ‘bertelagah’.
Di sini penulis ingin mengutarakan satu keadaan. Sekumpulan da’ie berpakaian seperti rocker telah dilabel sebagai pengikut Yahudi & Nasrani. Sedangkan dia berniat untuk mendekatkan diri kepada mad’unya; memenuhi keperluan dakwah tanpa menggadaikan akidahnya dan kewajipannya tatkala banyak golongan ustaz-ustaz dan alim ulama’ tidak akan duduk serta berpakaian rocker seperti mereka. wajarkah mereka dilabel sebagai aliran salah?
Sekiranya kita dapat menerima perbezaan 4 mazhab fiqh, maka kita juga perlu bersikap adil dalam perbezaan corak perjuangan kita yang tidak menggadai Akidah kita mahupun bertentangan dengan syariat Islam. Lihatlah imam 4 mazhab, fiqh mereka berbeza tetapi mereka saling meraihkannya kerana mereka memiliki akidah yang sama. Kita patut mengamalkan sikap keterbukaan di dalam hal ini lantas mengatakan jalan Allah bukanlah edisi terhad.
Penulis menulis artikel ini bukan untuk menuding jari kepada mana-mana jema’ah islam yang bertebaran di muka bumi ini. Cukup lah sekadar untuk mengenang kembali adab kita di dalam kepelbagaian jema’ah islam.
Wallahu’alam…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.