Perginya Ust. Nahar B. Haji Mantamin

Perginya Ust. Nahar B. Haji Mantamin 1
Ust. Nahar : berkopiah putih 

Semasa di kelas tadi, aku mendapat khabar berita.
“Ko kenal ustaz Nahar ka?”
“Kenal. Kenapa?”
“Bapa aku cakap dia sudah meninggal dunia.”
Itulah berita yang ku terima daripada rakan ku, Hilmie. Pada mulanya aku menerima khabar ini dengan tenang sekali, namun semakin lama semakin sebak ku rasakan. Selama aku mengenalinya sebagai seorang YDP PAS Sepanggar, baru sekali aku mendengar beliau memberikan kuliah, pengisian sempena program Qi’amullail di masjid telekom. Sewaktu itu aku terasa ingin mendengarkan kuliahnya buat kedua, tak ku sangka yang pertama itu merupakan yang terakhir bagi aku mendengar kuliah daripada arwah. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat Ust. Nahar merupakan mantan Imam Masjid Negeri Sabah.
Aku masih ingat, kuliah pertama dan terakhir yang ku dengari itu berkenaan tentang larangan berlebih-lebih dalam melaksanakan ‘amal ibadah. Semoga ilmu yang disampaikan oleh arwah akan bertitian sehingga ke hari kiamat. amin…

2 thoughts on “Perginya Ust. Nahar B. Haji Mantamin”

  1. Allahyrham Ustaz Hj.Nahar Hj. Mantamin saya kenal sejak kecil sebab beliau ialah adik sepupu isteri saya. Hubungan kami begitu rapat semasa saya berhjrah ke Kelantan. Selepas Peristiwa Memali di Baling Kedah, Allahyarham telah di arah oleh ayahndanya supaya keluar dari daerah bergolak itu. Allahyarham memilih untuk meneruskan belajar di Pondok Pasir Tumbuk Kota Bharu Kelantan. Di hujung minggu beliau sering berkunjung ke rumah saya di Machang. Bila saya kembali ke Sabah Allahyarham menyambung belajar di Jordan
    Kita semua kehilangannya. Alfatehah
    Muhamat Abd.Rahman
    Inanam Laut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.