7 Plugin Pilihan Untuk Pengguna WordPress

Lama tak menulis, Haha…

plugin-terbaik-pilihan-untuk-pengguna-wordpress

Adakah korang ada masalah nak pilih plugin mana yang sesuai untuk blog korang? Di sini aku ada senaraikan 7 plugin pilihan untuk pengguna wordpress. Sebenarnya ada banyak lagi plugin menarik di luar sana, tapi aku pilih plugin di bawah ni, sebab :

  • Aku pernah / sedang pakai plugin di bawah ni.
  • Plugin ni senang nak pasang dan urus
  • Penting untuk meng’optimize’ sesuatu blog.

Senarai  Plugin Pilihan Untuk Pengguna WordPress

1. Akismet

plugin pilihan untuk pengguna wordpress Digunakan oleh jutaan laman web sebagai perlindungan daripada serangan spam. Akismet akan memeriksa setiap komen yang dihantar ke blog korang kemudian menapis sama ada mempunyai ciri-ciri spam atau tidak.

Jadi tak la email korang banjir dengan “comment moderation”. Haha..

2. Google Analytics Dashboard for WP

Plugin ini membolehkan korang untuk track pelawat laman web korang  menggunakan kod pengesanan terkini Google Analytics. Korang boleh menyemak laporan keyword yang masuk ke dalam korang melalui enjin carian secara terus di WP Dashboard tanpa perlu login ke Google Analytic. Selain set laporan umum Google Analytics , korang juga boleh dapatkan laporan Page dan laporan Post secara mendalam untuk memantau maklumat prestasi bagi setiap post atau Page.

3. Google XML Sitemaps

plugin-terbaik-wordpres-google-analyticPlugin ini akan menjana XML sitemap khas yang akan membantu enjin carian seperti Google , Bing , Yahoo dan Ask.com kepada indeks yang lebih baik blog korang. Dengan sitemap, ianya lebih mudah untuk crawler untuk melihat struktur lengkap laman web korang dan mendapatkan sitemap blog korang dengan lebih cekap. Plugin ini menyokong semua jenis URL yang dijana oleh sistem WordPress.

4. WordPress Popular Posts

plugin-pilihan-wordpress-popular-postPaparkan catatan paling popular di blog korang secara harian, mingguan atau bulanan! Boleh pilih sama ada nak ukur populariti post korang tu melalui komen ataupun view. Kalau nak cantik boleh letakkan thumbnails post,author,date dan view sekali. Ikut suka korang nak macam mana.

Menyokong WPML  dan WordPress Multisite serta mudah nak urus.

5. W3 Total Cache

menjadikan-blog-ringan-dan-pantasKelebihan plugin ini ialah meningkatkan pengalaman pengguna laman web korang , dengan konfigurasi yang betul blog korang akan menjadi blog lebih ringan dan pantas untuk load dalam satu-satu masa. Jadi, kalau korang ada masalah blog berat la, lambat sangat nak load. Boleh gunakan plugin ini.

Ohya, plugin ini turut menyokong CDN (Content Delivery Network) percuma, Cloudflare. Hehe

6. Yoast SEO

plugin-wordpress-terbaik-seo-mudahTak mahir menggunakan teknik SEO?

Jangan risau, plugin ni akan bantu korang akan dapat menghasilkan artikel yang memenuhi ciri-ciri asas SEO On-pages dengan mudah. Setiap kali korang menyimpan dalam bentuk draft atau menerbit post, plugin ini secara automatik Yoast SEO akan menganalisis kandungan yang korang tulis.

Yang penting korang kena tahu keyword mana nak fokus, di sini lah juga saya mula memahami asas-asas SEO secara perlahan-lahan. 🙂

7. Mashshare Share Buttons

plugin-pilihan-kongsi-blog-fb-twitter

Memudahkan perkongsian blog korang di laman sosial. Menyokong platform facebook,twitter dan email. Rekaan button yang ‘besar’ direka khusus untuk menarik perhatian pengunjung.

Sekadar itu sahaja plugin pilihan untuk korang. Tapi yang penting sekali, kalau korang nak pasang sesuatu plugin pastikan plugin itu ada kepentingan dan keperluan untuk korang, bukan main letak saja. haha…

Jumpa lagi.  🙂
7 Plugin Pilihan Untuk Pengguna Wordpress 1

9 thoughts on “7 Plugin Pilihan Untuk Pengguna WordPress”

  1. Beruntunglah pengguna WordPress… banyak plugin yg boleh digunakan, terutamanya nak mendominasi sesuatu keyword di enjin carian google..

    1. Apapun ini alat bantu saja tuan, hehe.. blogspot pun boleh dominasi keyword. bahkan hebat lagi. kalau kena cara, sampai yang guna wordpress pun surrender. 🙂

  2. menarik pasal cache tuh, sekarang ni semuanya zaman nak cepat, lagi share link kat fb, tengok kat hp, lepas tuh content tak keluar keluar, habis tekan back,

    memang power tools ni

  3. Banyak plugin WordPress yang membantu terutamanya Yoast Seo. Lepas ni nak try juga guna platform wordpress ni sebab sangat memudahkan berbanding blogspot

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.