Belajar Menulis Blog Dari Pengusaha Gerai Makan

Sudah tiga hari, aku berjalan kaki ke Foodcourt. Waktu tengah hari aku terpaksa keluar untuk mencari makan, itu sahaja pilihan kalau tak nak kelaparan. (macam teruk saja bunyinya. Haha) Sebab di Office dah tak ada jual makan minum lagi dah. Waktu pagi mahupun tengah hari. Kalau sarapan pagi pun sarapan di Putrajaya Sentral dah, sebab gerai take away di pantry dah tak ada.

Mungkin begitulah esok dan seterusnya.

Terminal Bas Cyberjaya ialah tempat makan yang paling dekat, di sana da banyak gerai. Ada gerai ikan bakar, nasi ayam, ayam penyet, restoran nasi campur dan goreng-goreng. Masing-masing ada penggemarnya yang tersendiri. Tiba saja waktu tengah hari berbondong orang datang makan.

Gerai yang paling sedap dan berpatutan, confirm lah gerai yang ramai orang. Aku pun lupa nama gerai tu. Sebab aku hanya fikir pasal makan, tak fikir pun pasal nama kedai tu. Janji makannya sedap. Di situlah tujuan.

Hehe..

Kawan,

Begitulah dalam menulis blog,

Orang tak peduli pun apa nama blog kita,

Mereka tak kenal pun siapa kita. Apa yang mereka fikir,

Maklumat yang dorang nak tu ada tak dalam blog kita? Sebab maklumat ni yang orang cari, bukan kita. Google index dan temukan semua maklumat yang google rasa relevan dengan kata kunci carian.

Kalau ya, barulah orang akan singgah membaca. Kalau tak, bila-bila masa akan beralih ke blog sebelah. Pangkah!

Blog yang ramai pelawat ialah blog yang memenuhi permintaan maklumat ini. Inilah yang menentukan sejauh mana berjaya dan bertahannya sesebuah blog, iaitu memenuhi ‘permintaan’.

Bila dah tahu apa yang dimahukan oleh pembaca, pastikan betul-betul diusahakan.

Macam di foodcourt ni, pengusaha dah tahu apa selera pelanggan. Disebabkan majoriti di sini suka makanan melayu dan berpatutan, tiada satupun kedai di foodcourt ni sediakan makan western. Setakat yang aku perasan la.

Tahu saja tak cukup, tapi kena hasilkan menu yang betul-betul cukup rasa. Pokoknya, sungguh-sungguh. Cukup pakej menu tu. Kalau nasi ayam ada sos ataupun kicapnya,nasinya di masak dengan stok ayam, ada bahan-bahan wajib. Barulah nasi ayam tu diingat orang.

Sama halnya dalam menulis blog, tahu apa yang pembaca mahu saja tak cukup. Maklumatnya dibekalkanya juga harus cukup, bukan sekadar “melepaskan batok ditangga”.

Google juga ambil berat tentang content sebegini, sebab Google mahukan yang terbaik untuk pelanggan mereka.Tak hairan la hari ni Google jadi enjin carian no 1 di dunia,

“Eh! Aku punya blog aku punya suka la!”

Haha..

Maklumat lanjut boleh google “Content Marketing”

Di Foodcourt ni ada satu gerai.

Dulu aku biasa beli di situ, Makanannya sedap juga. Alhamdulillah. Bersih. Berkualiti. Kalau beli sarapan pagi, aku akan bungkus sekali tengah hari. Senang, tak payah keluar lagi redah terik matahari.

Tapi, ada satu masalah. Bukan menu tak sedap! Tapi kejap ada kejap tak da. Macam biskut. Aku tengok dorang lebih sibuk buat katering da. Padahal foodcourt untuk orang yang nak makan. Sampai satu masa aku pun putus asa, malas nak singgah sana dah. Berharap gerai tu buka pun tak mungkin la. Siap hati aku bisik.

“Dorang ni nak meniaga ke tak nak meniaga?”

Demikianlah dalam menulis blog, kalau mahu bertahan lama dan disayangi pembaca. Kenalah konsisten dari segi kuantiti. Dan  aku akui, ini part paling payah. Tengok la blog aku ni, sebulan hanya update sekali sekala. Paling banyak pun 2 atau 3.

Teruskan menulis, walaupun ada banyak kekurangan.

baca juga : 7 Asas Penting Dalam Penulisan

Besar hati aku nak menulis menulis sampai hujung usia.

korang pula macam mana?

belajar menulis dari pengusaha gerai makan
Orang tengah beratur beli Nasi Ayam Penyet di Gerai A, Foodcourt Terminal Bas Cyberjaya. Gambar dipetik dari blog http://www.mahamahu.com

12 thoughts on “Belajar Menulis Blog Dari Pengusaha Gerai Makan”

  1. Sekejap ada, sekejap tiada, aku rasa, sekejap ada, lama tiada, bersawang blog, sob sob..

    Kalau tidak dapat bab SEO, menangilah bab writing, entah dapat atau tidak kalau blog aku bersawang jak ni.. haha

  2. aku ada jumpa kedai macam tu.

    bukak ikut suka hati diorang aje. haha..

    tapi nak wat camana..diorang masak memang sedap woo..

    asal bukak aje..full hose beb. sampai berebut tempat duduk tuh.

    haha..

    nasib aku kawan baik dengan anak tokey tu.

    leh potong line.

  3. Haha.. Ada betul nya juga apa yang dikata.. kalau dah selalu sangat tutup memang kecewa lah orang ramai.. Haha..

    Emm samalah saya sekarang tengah mencari rentak balik nak pujuk pembaca yang dah hilang entah kemana.. haha

  4. Blog peribadi pun, tidak bolehlah peribadi sangat. Kalau bersikap…ini blog aku, aku punya pasallah…lebih baik menulis dalam diari bukan blog.

  5. Sekarang ni ada banyak tools yang boleh kita rujuk untuk ketahui apa yang dimahukan oleh pengguna internet. Sama ada kita nak rujuk atau lebih suka menulis dengan gaya “suka hati aku la aku nak tulis apa” he he

    Google Keyword Planner salah satu tools yang sangat berguna dan penting!

  6. Sekarang terdapat banyak bloggers yang pakai smartphone utk tulis blog juga. Tapi bagi saya, saya masih tak biasa pakai smartphone utk tulis, masih I perlu gantung pada laptop.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.