Billplz, Payment Gateway Malaysia (Review)

review billplz, payment gateway malaysia

Payment Gateway ialah satu aplikasi yang e-commerce yang disediakan untuk membolehkan transaksi permindahan wang dibuat secara online sama ada untuk tujuan jual beli online atau lain-lain urusan. Bagi peniaga online, penggunaan payment gateway amatlah memudahkan.

  • Tak perlu pening kepala untuk membuat pengesahan
  • Pemindahan wang dibuat dengan lebih selamat
  • Semuanya dilakukan hanya dihujung jari.
  • Transaksi direkod dengan lebih terperinci.
  • Transaksi dibuat secara real time
  • Senang untuk diuruskan

Di Malaysia antara penyedia payment gateway yang biasa kita dengar seperti Molpay, Ipay88,  Senangpay dan Billplz. Alhamdulillah, aku sendiri telah mencuba payment gateway dari Billplz ini dengan membuat integrasi melalui sistem woocommerce.

Kelebihan Billplz, Payment Gateway Malaysia

1. Billing

Boleh menghantar bill kepada pembeli melalui E-mail disertai dengan makluman melalui SMS (dikenakan cas RM0.15/SMS dari baki kredit). Hanya perlu mengisi borang seperti di bawah sudah boleh menghantar bill kepada pelanggan.

contoh form untuk create bill dan hantar kepada pelanggan
contoh form untuk create bill dan hantar kepada pelanggan

Manakala, untuk transaksi secara pukal pula peniaga boleh menggunakan template microsoft Excel.

Ini menjadikan Billplz sesuai digunakan terutamanya untuk Sekolah, Badan Pengurusan Bersama mungkin juga persatuan kejiranan.

2. Billing API (Application programming interface)

Billplz menyokong aplication developer membuat integrasi laman jualan dan aplikasi mobile untuk pelanggan masing-masing. Kebiasaannya pengintegrasian ini untuk menerima bayaran secara online melalui FPX, Visa, MasterCard dan PayPal terus dari laman jualan dan aplikasi mobile dengan terus.

DAFTAR BILLPLZ SEKARANG

3. Payment Form

Peniaga online boleh menggunakan billplz untuk membuat borang secara online. Borang ini membolehkan peniaga membuat field tertentu untuk mengumpulkan makluman tertentu daripada pelanggan masing-masing.

Sistem borang di Billplz turut membolehkan para peniaga membuat tetapan harga dan quantity pada borang product masing-masing. Contohnya borang Billplz yang digunakan oleh Majlis Kanser Nasional.

payment gateway malaysia billplz

Sesuai untuk borang tabung kemanusiaan, pembelian produk dan e-tiket.

4. Mass Payment

Bagi peniaga online yang ada banyak pekerja, korang juga boleh buat pemindahan wang secara pukal. Setiap transaksi hanya akan dikenakan cas RM1 sahaja. Satu kadar rata, tak kira berapa jumlah wang yang korang nak pindahkan atau pun seramai mana penerima.

payment gateaway malaysia mass-payment

Kalau credit tak cukup boleh topup.

billplz Pastikan credit sentiasa ada.
Pastikan credit sentiasa ada.

Macam mana pula kalau credit lupa topup credit?

Billplz revenue model is similar to prepaid mobile plan.

Merchant can reload RMX credit (minimum RM1, maximum no limit) for system to deduct per payment received fee (refer pricing plan).

Merchant can still collect payments with negative credit balance because system will deduct RM100 or lower (whichever is higher) against daily total collection and convert it as credit the next day.

The choice is always yours. – Billplz

Maksudnya, kalau dalam akaun korang tu tak cukup duit. pada hari berikutnya billplz akan deduct RM100 dari collection korang yang sepatutnya ditransfer ke akaun korang. kalau collection tu kurang dari RM100, billplz akan convert terus jumla tersebut kepada credit untuk tampung kos transaksi. Baki akan dimasukkan ke dalam credit.

Pelanggan Billplz

Setakat ini ada beberapa organisasi yang telah menggunakan Billplz sebagai payment gateway mereka. Antaranya

  • MAKNA (Majlis Kanser Nasional)
  • Aman Palestin
  • Royal FLORIA Putrajaya
  • TiketBola.Com.my
  • Dan beberapa lagi organisasi.

Kenapa Aku Cadangkan Billplz?

Jawapan aku senang saja, cuba korang tengok di bawah ni.

  • Kadar billplz adalah satu kadar rata.
  • Billplz tak ada kos pendaftaran tahunan (Jimat!).
  • Maintenance percuma.
  • Menyokong pembayaran melalui FPX.
  • Menyokong pembayaran melalui Visa, Mastecard dan Paypal*
  • Pemindahan ke akaun korang pada hari berikutnya **
  • Mudah urus, segala transaksi direkod di ruangan history.

*Tidak tertakluk kepada kadar rata RM1/transaksi. Aku pun belum try yang ni.
**Kecuali hari Jumaat/sabtu/ahad/cuti umum. Bila-bila masa dari 00:00–23:59.

payment gateaway malaysia billplz
kadar baru billplz. Daftar sebelum 06/06/2016 untuk dapatkan kadar rata RM1.
billplz payment review
16/05 aku buat testing integration dengan woocommerce. 17/05 Billplz buat pembayaran ke akaun aku.

Sokongan Plugin Percuma

Korang tak perlu beli plugin mahal dan habis beratus ringgit untuk integrate billplz dengan web jualan korang. Sekarang ada plugin percuma untuk integrasi billplz yang dibangunkan oleh Wanzul Hosting. Korang boleh download plugin tersebut dari ruangan download di Wanzul Hosting.

Dengan kata lain korang boleh integrate pembayaran woocommerce – maybank melalui FPX secara percuma dan mudah.

Terima Kasih Wanzul Hosting 🙂

Daftar Sekarang

Pendaftaran akaun billplz ni mudah saja, korang hanya perlukan isikan maklumat berikut :

  • Username
  • Password
  • Jenis akaun : individu / organisasi
    • Inidividu hanya perlu key-in no ic.
    • Organisasi perlukan no siri ROC/ROS atau ROS
  • Bank Details
    • Bank
    • No. Akaun
    • Penama Akaun
  • Contact Details
    • Boleh gunakan email no telefon peribadi.

klik –> DAFTAR SEKARANG DAN DAPATKAN CREDIT PERCUMA RM5 <– klik

32 thoughts on “Billplz, Payment Gateway Malaysia (Review)”

  1. Thank you very much for sharing experience with billplz
    I would like to integrate it same as you on woocommerce, where can i find tutorial how to do that? could you suggest please
    Thanks

    1. Terima Kasih Tuan atas pertanyaan, saya dah betulkan bahagian credit card and paypal tu.

      jawapannya credit card dan paypal tak tertakluk pada kadar rata. 🙂

  2. Credit tu untuk setiap transaksi kita ya? Mean duit yg masuk kat akaun tu dah jumlah sebenar laa…
    Bukan mcm molpay, duit yg masuk kat akaun tu duit yang telah sedia di tolak 3%. Betul ke mcm ni?

    1. Ya, jumla sebenar. Tapi pastikan kredit sentiasa cukup,

      Sebab kalau tak nanti Billplz akan deduct RM100 daripada jumlah yang dibayar oleh pelanggan untuk topup kredit kita. Kalau pelanggan bayar kurang RM100, Billplz akan convert terus kesemuanya sebagai kredit.

    1. Support, tapi updater terkini dalam minggu ni semua user perlu gunakan SSM untuk daftar akaun BillPlz sebab FPX Payment update polisi hanya pemilik SSM sahaja yang dibolehkan buat pembayaran dari FPX.

  3. Assalammua-laikum tuan, saya perlu plug in billplz dlm mobile apps (cordova). kindly pls advice. Terima kasih

  4. Kalau guna BillPlz untuk SSM registered company, kena guna company bank account ke?
    Boleh tak guna personal bank account of the business owner?

  5. Assalam, bolehkah billplz digunakan untuk masukkan harga yang berlainan ..contoh harga semenanjung RM80 manakala Sabah/Sarawak RM90 atau hanya boleh ditetapkan untuk 1 harga yang sama sahaja ?

  6. assalamualaikum, nak tnyaaa kalau digunakan atas program kebajikan mcm mana yaa cara …contohnyaaa company A nak buat program tetapi tak dak akaun dan putuskan untuk kolaborasi dengan company B sebab nak pakai akaun company B …..jadi, kalau boleh billplz digunakan .. company mana yang kena buat billplz….

  7. Salam nak tanya, kenapa payment billplz x release2 ke acc bank saya ya? Walhal di billplz statusnya paid. Tapi saya dah test sebulan duitnya masih belum masuk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.