Berkali-kali aku refresh dashboard, namun masih lagi kadar itu 0.00%. Aku pun susah nak percaya. Sebab aku sendiri berpendapat usaha untuk kurangkan bounce rate sehingga mencecah tahap lantai adalah mustahil. Tapi sejak beberapa hari lepas semuanya berlaku di depan mata. Aku view statistik semalam, dua minggu lepas dan 30 hari yang lalu. Bacaannya tetap sama! 0.00%!? Sampai aku pun tak tahu nak cakap apa, hehe.. mampu senyum saja.
Berikut ialah screenshot cari Google Analytic dashboard.
seperti biasa, sebelum aku terangkan apa yang buat bacaan bounce dalam blog aku jadi macam tu, jom kita kembali kepada perkara asas dulu!
Apa itu Bounce Rate?
Menurut Google Analytic Support “Bounce Rate ialah peratusan sesi satu halaman (iaitu sesi di mana orang yang meninggalkan tapak anda dari halaman pintu masuk tanpa berinteraksi dengan halaman).” Istilah bounce rate selalu digunakan dalam kerja-kerja analisis trafik web.
Bagi sesetengah blogger, ada yang tak ambil kesah. Terutama yang mahukan iklan ppc semata-mata.
Secara tak sedar ini membahaya blog mereka! Ya lah, semakin tinggi kadar bounce rate semakin banyak masalah!
3 Punca Utama Kadar Bounce Rate Tinggi
1. Google Analytic Tak Dipasang Dengan Betul
Skrip tracking yang sepatutnya diletakkan selepas <header> tak muncul disemua halaman. Ini menyebabkan tracking dari satu halaman ke satu halaman tak berlaku. Hasilnya bounce rate meningkat disebabkan terdapat lost di antara tracking dari satu halaman ke halaman yang lain.
2. Rekabentuk Laman Web Yang Tidak Sesuai
Rekabentuk laman web atau blog yang mengganggu keselesaan pembaca. Sama ada dari segi speed, reka bentuk atau susun letak yang tak sesuai. Penggunaan warna dan teks yang tak serasi adakalanya turut menyumbang dalam isu ini.
Letak iklan merata-rata, fullscreen popup…. tu tak payah fikir dah, confirm menyumbang kepada peningkatan bounce rate. Haha..
“Aku nak baca blog la! Bukan nak tengok iklan!” <— Merungut. Hehe..
Jangankan pembaca kawan yang buat blogwalking pun boleh jadi menyampah. Sakit hati dan sakit mata, kalau aku pun tak sanggup duduk lama.. apa lagi, terus pangkah!
3. Kandungan Blog Yang Tidak Relevan
Pembaca tak jumpa apa yang mereka cari di dalam blog kita. (sedih) Boleh jadi kandungan blog sudah outdated, maklumat dalam blog kita yang tak mencukupi ataupun tajuk lain isi pula cerita lain. huhu…
Teknik Kurangkan Bounce Rate Dengan Pantas
Aku sebenarnya tak berharap sangat soal bounce rate ni. Tapi sebab aku terlanjur nampak dengan mata kepala aku sendiri, maka aku ambil peluang nj untuk study. Sekurang-kurang boleh jadi rujukan di kemudian hari. 🙂
Bagaimana bounce boleh jadi rendah?
Aku akan cerita satu demi satu…
Jadi, baca betul-betul ya? 🙂
1. Pembukaan Yang Menarik Minat
Berdasarkan buku Cari Duit Mudah sebagai penulis Bebas karya Zamri Mohamad, minat seseorang pembaca untuk meneruskan pembacaan dalam suatu artikel ialah dalam 100 patah perkataan yang pertama. Setuju?
Jadi korang kenalah grab peluang ni setiap kali menulis artikel, hasilkan satu pembukaan yang mencuri minat pembaca.
Antara ciri-ciri pembukaan yang menarik ialah ayat mudah difahami, memperkenalkan isi artikel secara umum,menimbulkan sifat ingin tahu dan memujuk mereka. Buat pembaca percaya bahawa apa yang korang tulis adalah penting untuk mereka.
Kuncinya, pembukaan mestilah ditulis dengan ringkas tapi berkesan.
Kalau tak bila-bila masa saja pembaca boleh beralih ke blog lain.
2. Tulis Panjang – Panjang.
Pastikan panjang minimum untuk sesebuah artikel ialah 300 patah perkataan. Lagi banyak lagi bagus. Macam aku, biasanya aku akan tulis dalam lingkungan 600 ke 700 patah perkataan.
Kalau nak guna unsur pengulangan pun tak da masalah, cuma jangan kerap sangat. Nanti orang bosan.
Pastikan artikel diisi idea dan info yang bernas!
“Kalau malas nak tulis panjang pula macam mana???”
Jangan risau, korang juga boleh gunakan gambar dan video sebagai alat bantu. Tapi hasil pembacaan aku setakat ni, banyak yang cadangkan penggunaan video. Alasannya mudah, Video boleh buatkan pembaca untuk duduk lama dalam blog korang dalam satu-satu masa.
3. Konsisten Dengan Niche.
Bila pembaca mencari maklumat melalui enjin carian dan menemui maklumat tersebut dalam blog korang, mereka sebenarnya berpotensi besar untuk meneruskan pembacaan kepada artikel lain yang berkaitan. Semakin kuat niche blog korang, semakin tinggi potensinya. Kemungkinan besar mereka akan datang lagi sebagai pembaca setia.
Sekiranya artikel tersebut hanya ada satu saja, ambil peluang wujudkan artikel berkaitan kedua, ketiga dan seterusnya. Apatah lagi artikel tunggal tersebut sedang hit!
Cara ni aku praktik bila aku sedar bahawa review berkaitan digi smartplan yang aku tulis mendapat trafik yang banyak. Jadi, aku membuat keputusan untuk menulis satu lagi artikel review berkaitan digi smartplan tetapi pakej yang berbeza.
baca juga : Apa Itu Niche Dan Kepentingannya?
Penulisan dengan niche yang juga membantu korang membina internal link antara artikel agar lebih mudah.
4. Bina Internal Link.
Internal link ialah satu tindakan membuat pautan dari satu artikel ke satu artikel lain yang berkaitan. Contohnya internal link ialah macam link di atas, setelah aku menyentuh berkaitan niche dalam point ke 3, aku ambil kesempatan untuk menjemput korang membaca lebih detail lagi mengenai niche.
Jangan bina internal link secara semberono. Pastikan korang hubungkan artikel yang ada kaitan dengan artikel yang sedia ada saja. Ini sebagaimana yang dinasihat oleh Google :
“Bilangan pautan dalaman (internal link) ke suatu halaman adalah isyarat kepada enjin carian mengenai kepentingan berkaitan ke atas laman tersebut. Jika halaman yang penting tidak muncul dalam senarai internal link, atau jika halaman yang kurang penting mempunyai bilangan yang agak besar link dalaman, anda harus mempertimbangkan mengkaji struktur pautan dalaman anda.” – Search Console Help
5. Gunakan Plugin.
Penggunaan plugin bertujuan untuk membina membina internal link secara automatik dan cepat, hanya perlu install & active atau copy & paste skrip yang dibekalkan. Antara plugin yang boleh digunakan ialah Related post, recent post, popular post dan random post.
Yang paling kerap diguna pakai ialah related post.
Kebiasaanya related post akan dihubungkan dengan kategori ataupun tag. Kalau korang gunakan wordpress ada banyak skrip dan plugin percuma yang boleh korang cuba (macam di atas), manakala untuk pengguna blogspot boleh layari untuk www.linkwithin.com. tak perlu daftar. Hanya masukkan email, url blog, platform dan jumlah related post yang korang nak masukan dalam setiap artikel.
Tapi buat masa ni aku sendiri tak gunakan plugin related post, sebab seronok main dengan internal link secara manual ni, akan datang mungkin ya. 🙂
6. Themes Yang Berkualiti & Mesra Peranti
Ok, aku mengaku…. Inilah antara benda yang paling penting. Sebab blog aku mengalami impak berganda lepas tukar dari themes sebelum ni. Bukan aku saja yang alami benda ni, tapi ada juga orang lain alami perkara yang sama bila bertukar dari themes static kepada themes yang responsive design/mesra peranti.
Blog yang menggunakan mesra peranti, ringan dan kemas akan memberikan pengalaman yang baik untuk pembaca. Walaupun korang ada artikel atau konten yang menarik, tapi kalau UX (user experience) tak memuaskan, bersiap la untuk bounce rate naik meroket.
Warna? Gunakan yang standard saja, jangan striking sangat.
Kalau nak power lagi boleh dapatkan Genesis Framework dari Studiopress atau dapatkan servis pemasangan dari aku. (RM10 sahaja untuk Framework).
Kesimpulan
Bounce rate mengajar kita jangan fokus hanya pada jumlah trafik yang tinggi, tetapi trafik yang kualiti. Semakin rendah bounce rate semakin bagus untuk kita. Bila bounce rate rendah maksudnya pembaca duduk lama dalam blog kita, ya. Walaupun tak sehebat mana, tapi Alhamdulillah.
Aku tak harap banyak, kalau tak boleh buat duit dengan menulis blog, cukuplah korang dapatkan kebaikan dari apa yang aku tulis. kalau boleh, amalkan. kalau tak boleh, tinggalkan. Tak gitu? Hehe..
Terima kasih di atas perkongsian info… kagum dengan pengetahuan dan kepakaran admin..
Terima kasih tuan, saya pun masih belajar sebenarnya. Bahkan tuan lebih pakar dari saya.. apapun, semoga ada manfaat untuk kita semua. 🙂
Banyak lagi kena belajar pasal google analytical dan juga bounce rate ni…thanks ya
bounce rate ni kena seimbang dengan trafik.
kalau tak, nak wat sales susah nanti.
dari bounce rate kita leh agak macam-macam benda nanti.
Semakin banyak info aku cari pasal bounce rate, semakin aku jadi keliru. Macam2 faktor dah ku jumpa… Banyak percubaan dah aku try. Bounce rate masih 70%… Memang gila.
First time dwngar org dpt bounce rate 0%.. tahniah bro
jelesnya..bounce rate saya skrg agak tinggi..mungkin boleh follow tips ini.. tq for sharing
I ada pakai zero bounce plugin dah ia dapat kurangkan bounce rate ke 50%. Bagus bagi blog I.
Terima kasih baru tau pasal bounce rate ni